Kelantan vs Terengganu

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 
Join Them If You Are a Blogger :D . 
join exabytes here :D

semalam memang hari yang havoc-tak-havoc juga la bagi aku. kena balik kampung makan nasi kerabu sedap sedunia, then balik rumah. then, time aku balik rumah tu pak teh aku ajak kitorang makan kat rumah dia pukul 5. ada makan-makan sambil tengok bola. kelantan vs terengganu. have i told you aku tak berapa nak minat sangat ngan bola? belum ek. ok. aku tak minat bola. sekian. then, rela tu drive dalam ketakutan ke kok lanas sebab nak jenguk cool blog kot-kot ada yang nak belanja, tetiba melayang doplohinggit beli untuk budak-budak yang suka pau aku. grrr

balik kepada bola. aku memang alah dan alergik ngan bola. yang aku nak tahu, kelantan or malaysia menang ke kalah. mata pulak benda kedua yang buat aku curious. lain pulak ceritanya dengan sepupu-sepupu aku nih. tersangat la minat bola sejak dua menjak Red Warriors meningkat naik. aku pulak masih di takuk lama. pemain mana mereka tak kenal? tengok nombor pemain kat baju pun dah tahu piya, tengok manusia putih melepak kat pintu gol dah tahu itu khairul fahmi, tengok sarung tangan merah dah cam indera, tengok rambut comel macam iklan rejoice automatic cam daudsu. eh, macam aku je yang cam. keh3


dari kiri, mak budak @ sepupu dengan anaknya yang diserang sembelit, sepupu yang bajet kaka, pak saudara selaku pensponsor mi bandung buatan isterinya, sepupu yang pernah sampai ke stadium bukit jalil. semua minat amat ngan bola. sambil tu sebekas keropok yang telah digoreng takut-takut rasa nak mengunyah menyerang. yang aku tahu, bola itu bulat. itu sahaja. heran sungguh dengan kesungguhan mereka menonton perlawanan bola sepak dengan sesungguh-sungguhnya. mungkinkah bola yang bulat itu pakai susuk atau amik aurawhite? ok. tak lawak.

aku pulak jenis risau kalau tengok bola. takut-takut kena serangan jantung. huiiih. tengok bola ni bukan boleh buat main. ada yang dah mati berpenyebabkan bola, ada yang berdarah kepala kena hantuk ngan peminat bola, ada stadium berpadang bola terbakar sebab bola. kesimpulannya, tengok bola ni aku dah setkan bahaya untuk kesihatan. kih3. mungkin bahaya untuk aku tapi selamat untuk kamu. depends on genetic kot atau cara pemakanan. mungkinkah? entah.

yang pasti, alhamdulillah sebab semalam Kelantan tetap menang walaupun menang secara agregate. mula-mula tu memang dah macam nyawa-nyawa ikan puyu dah aku tengok. sejam weh masa tambahan. kalau aku pun pengsan. nasib baik dorang bukan aku. ok. tu je

choww.. xoxoxo

Comments

  1. hye sis,kak lea masa tu tgh dinner kat kedai makan org kelate.masa kelantan dpt fight jaringkan gol berturut2...pekerja pun tinggalkan dapur hahaha...gelak je semua customer masa tu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD