Manisnya Bicara

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Kamu tahu tak manisnya bicaramu itu buat wanita keliru
Keliru membezakan yang mana hak yang mana palsu
Menjerumuskan mereka ke ruang yang tak tahu benar ke tipu
Kemudian dibiarkan terkapai seorang diri di situ

Tidak dapat dinafikan lagi bicaramu manis bak madu
Berbunga bunga hati wanita dengan bait-bait katamu
Dirasakan tiada lain yang istimewa hanya kamu
Sedang kamu sebenarnya sekadar angin lalu

Pabila diluahkan rasa di hatinya kamu mula bertukar rupa
Segala yang asalnya indah seakan bertukar jelik rupa
Segala kenangan indah yang tercipta dinafikan semua
Perlukah kamu jadi sebegitu sekali munafiknya?

Segalanya dirahsiakan dengan begitu rapi
Seolah olah malu dengan kehadiran mereka di sisi
Sedang perasaan itu dibina, disemai oleh kamu sendiri
Pabila sudah berjaya kamu mula angkat kaki

Sudah cukup sudah kamu menyakiti merata riti
Usahlah diteruskan lagi usaha usaha sebegini
Carilah sesuatu yang lebih bermakna untuk dikenangi
Sanggupkah kalau yang disakiti itu adikmu sndiri?

Comments

  1. kadang-kala bukan wanita je yg keliru... bukan lelaki sahaja yg pandai bermanis bicara.. hehehe

    ReplyDelete
  2. harap dia boleh baca muja.. harap dia mengerti apa yang muja ingin sampaikan..

    ReplyDelete
  3. @pha is kenyataannya,, lebih kepada lelaki,, and sebenarnya entry ni ditujukan kepada someone,, lelaki,, hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus