Pengalaman Berasaskan Sekolah Semester 2 Best Sangat Part 1!!! :D



ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

before muja berlayar ke pengalaman baru muja ni, muja nak gitau korang yang muja masih belajar. i am not yet an english teacher. sebab ramai sangat yang cakap macam ni lebih kurang

-cikgu, gi mengajar, jangan asyik facebook je.
-cikgu, murid tunggu tu.

hello, i am not yet a teacher k. kot ye pun nak condemn para guru ni, cari ilmu bebenyak dulu then condemn pepuas naa -.-'


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) or School-Based Experience (SBE) memberi peluang kepada para pelajar perguruan membiasakan diri dengan suasana sekolah dan membuat perhatian dalam aspek pengurusan sekolah dan segala yang berkaitan. hal ni berbeza dengan praktikum or praktikal bagi pelajar pendidikan. time praktikum, pelajar perguruan ni dimasukkan dalam jadual untuk mengajar murid-murid, seolah-olah guru sebenar. so, bila muja buat PBS, muja tak de jadual tetap. pergi, tengok-tengok, sambil buat assignment je :D

pengalaman berasaskan sekolah
teacher mujahidah di hari kedua. garang ke idok??? grrrr!
follower instagram muja yang selalu stalk ig tu mesti tahu yang last week i had my second School-Based Experience Programme di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal. a new school, a new environment, a new experience and definitely lots and lots of new students. Yeahhh!!!! part cakap pasal students la paling best kalau dah nama pun seorang guru nih. sepanjang dok kat sana, punya banyaklah update gambar teacher weng dengan studentsnya. haha. teringat lak time first time buat SBE kat skbj. masih ada ke students kat sana yang ingat teacher dorang kat sini. sobbsss

teacher mujahidah hari ketiga. makin weng! haha
kali ni muja tak buat entry everyday sebab malas melanda plus banyak sangat assignment yang muja tangguh-tangguhkan sebelum ni. tolong la murid-muridku, jangan ditiru penyakit suka procrastinate yang mendalam dalam diri teachermu ini. kalau yang ni pun korang tiru, maka menderitalah korang. cer tiru teacher zakiah ni, dah la comel, suka membaca lak tuh. hari pertama muja jadi teacher lah kengkonon tak amik gambar. tengah cover cover konon teacher berdedikasi berjiwa kental dok dalam library menelaah buku motivasi! ekekeke


sariy and raafah at the back. gemuk. baru lepas raya k. sila faham -.-'
time muja dok kat SKBA ni, muja dok kat library je. sampai tahap bilik guru pun tak tahu kat mana. memang patut dah abah cakap muja ni anti social. -.-' yela, dah memang time tu je ada untuk buat assignments. assignments lak ada kaitan dengan PBS. then, ada la sekali tu muja bukak youtube. penuh bebudak dok baca buku cerita kat library tu. tetiba dorang dok kerumun. muja dah takut dah. upenye nak suruh bukak lagu oppa gangnam style. cess!!! cek peduli hape, cek bukak lagu Tegar, Aku Yang Dulu. wekkk. :P

cikgu sibuk buat esaimen yang sengaja tangguh. students sibuk tambah ilmu. terbalik sungguh! -.-'
sepanjang dok kat sekolah ni, sempat dua hari je puasa 6. then tak larat dah. layan budak-budak yang buat hyper-activeness dalam diri membuak penuh padu. layan dorang nak bergambar lagi. layan dorang nak salam macam students soleh abad ini tiap kali nak tinggalkan library lagi. nak masuk library mintak kebenaran lagi. sape tak nak students sopan santun cenggini??? tambah lak kawan muja si nora yang amik medic kat indon ajak gi rumah. tak masal ku terbuka puasa hari tu. nasib baik la puasa 6. kalau puasa ganti? x ke naya??

teacher muja dengan sepupunya yang tengah mencari. haaa. kalau yang bujang tu boleh pm naa :D
bila dah lama habiskan masa kat library, muja noticed something so impressive. the pupils really love reading. masa zaman muja dulu, memang harapan la nak tengok muja kat library time rehat. busy time tu dok mengokak nasik ayam masak merah kat kantin. makan penuh eksen. tak nak makanan students, sikit, tak sedap. beli kat tempat guru. baru umphhh! baca buku? selagi tak masuk exam, biar je berulat dalam lemari. seriously, they are so different that the previous me. advance yer budak zaman sekarang. dah tahu pentingnya membaca. tak sesiala program nilam :P

di saat kebosanan melanda during pbs
bila dok kat library sekolah rendah ni, kegemaran muja terpancar dari gambar kat atas laa.. haha. sukanya bila cerita-cerita dongeng ni berlambak-lambak kat atas rak cumanya, dah nama sekolah rendah, memang horror sikit susunan dia. kesian cikgu tau murid. tolong kemas dapat pahala ok. i just love fairy tales, which always end in a good way. teringat shah rukh khan pernah cakap; selagi endingnya bukan happy ending, maksudnya cerita masih tak de ending. mendalam? yess! so, target muja sekarang. habis je degree. i want to pursue my study in literature. what say you? :D

budak zaman sekarang ni romantik. siap tahu buat bentuk love dengan tangan. korang hado??
sepanjang seminggu kat skba ni, muja sempat mengajar dua kali. first tu English class and second tu Maths class. tu pun bukan mengajar yang memang mengajar. i mean mengajar in a very short period and sambung pelajaran yang guru sebenar dah bagi je. i loved teaching english especially grammar. rasa semangat berkobaran gitu. tambah berapi menyala-nyala bila muja tengok the students were so keen and excited with my teaching. mata bulat, senyum je. tapi tak tahu la kalau muja je yang syok sendiri but memang rasa best sangat bila mengajar english subject. but, yang muja nak tekankan, obviously, i am not the one to teach somebody mathematics. sorry sangat :'(

mereka yang dah sudi membantuk teacher mereka melakukan assignment. truuup truuup air mata terharu. :')
semua gambar kat atas ni memang sebilangan kecil daripada gambar yang sempat disnap sepanjang Program Pengalaman Berasaskan Sekolah for this semester. sangat banyak okey. entry sambutan raya di skba muja buat entry khas ye. nanti tak cukup tanah korang nak scroll banyak sangat benda menarik time tu. nantikan k :D



Comments

  1. Hye teacher Muja.. cantik gambar, hohoho malangnya tak boleh dah berpunya kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrkkkk,, belum lagi belum lagi, sila beratur amik borang,, ekeke

      Delete
  2. comel tgok budak2 sekolah tu..nak blik jadi budak2 la seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu impian yang mustahil jadi kenyataan milik semua orang,, ekekeke

      Delete
  3. hye teacher~ mesti bebudak suke dpt teacher sempoi camni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga-moga muja boleh happy gini sampai pencen,, but i dont think i will be that way.. haha

      Delete
  4. bakal cikgu BI rupanya. semoga sukses jadi cikgu yang cemerlang yer.

    ReplyDelete
  5. Gratz.. Dlm meniti ke arah menjadi guru. Apa yg Muja rasa dan luahkan di entri ni boleh dikatakan hampir sama bagi semua guru pelatih. HT pun dulu mcm tu, sungguh teruja. Tapi tak semua yg mampu kekalkan semangat tu lebih dari setahun dua selepas sah jawatan sebagai guru. Good luck.. Much more respect

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga muja akan ingat pesanan ini,, moga muja akan selalu ingat macam mana excitednya muja ketika ini,, moga Allah beri kesabaran yang tinggi kat kita para guru,, amiiiiiiiin

      Delete
  6. alhamdulillah, bangga tgok Cikgu baru.. hehe...
    Tahhniah Muja !

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cikgu lagi la fik,,, aiyaaak,, tak baca bebetul letteww :P

      Delete
  7. Terma Pengalaman berasaskan Sekolah akan mengelirukan pelajar dengan Pnetaksiran Berasaskan Sekolah..Jadi jika Pengalaman berasaskan Sekolah saya harap jangan gunakan TERMA PBS di belakangnya..hanya Pentaksiran berasaskan sekolah sahaja yang ssuai menggunakan terma PBS

    -Pelajar KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman berasaskan Sekolah ni dah lama, guru pelatih dulu-dulu panggil ROS. PBS yang awak cakap tu baru je buat sempena KSSR. baru berapa lama? so, yang mana lagi deserve guna term PBS? takkan la nak ubah yang lama sebab KSSR yang bagi saya masih lagi dalam tempoh percubaan. ramai lak tu yang mengadu tak suka PBS tu. kalau PBS bubar and time tu Pengalaman berasaskan Sekolah ni still on, cemana? haaa... pikir biar panjang sikit.

      benda ni kecik je wahai pelajar kl yang bijak bistari. tak perlu nak tak puas hati pulak. lagipun, Pengalaman berasaskan Sekolah yang guru pelatih buat for 4 semesters ni tak perlu digunakan oleh para pelajar pun. pelajar tak perlu nak keliru or what so ever. pelajar hanya perlu tau yang Pentaksiran tu je. score markah tinggi-tinggi. biar boleh masuk ipg or universiti. then time tu kalau nak keliru pun tak de yang marah. yang Pengalaman berasaskan Sekolah ni, tak perlu campur selagi kamu bukan guru pelatih.

      plus, benda cenggini, kalau dah tak puas hati sangat, sepatutnya mengadu kat kementerian pelajaran or pendidikan or mana-mana pihak yang bagi nama program tu macam tu. tapi yelah, awak kan pelajar lagi, saya faham. saya pun harap awak faham jugak. saya pun masih guru pelatih. saya sangat paham

      ps- muja sebagai TESL student, muja lebih kena menggunakan the term SBE;
      School-based Experience, BUKAN PBS. cuma ramai guru pelatih dari opsyen lain tak biasa dengan the term SBE, sebab tu muja pilih tajuk entry PBS.

      sekian status panjang lebar dari Teacher Muja.

      Delete
  8. Wah.. Jmpe lagi bakal cikgu... Slmt timba pngalaman baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq,, muja harap muja dapat jadi teacher yang terbaik one day,, amiin

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus