Jenis Tak Reti Berubah


assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

kau selalu buat hal dengan orang yang salah
orang yang sepatutnya kau buat baik kau gi cari balah
terbukti bukan aku seorang yang kau target untuk pangkah
habis semua orang kau cari untuk dipersalah

sebelum kau nak memalukan orang tengok diri sendiri dulu
kalau kau jenis sedar diri kau takkan melatah melulu
hello.. kau bukan makin baik bila kau buat begitu
malah orang makin benci makin kau dapat malu

kau sibuk membina kebencian dalam diri orang marhaen
kau sendiri orang benci tapi kau buat buat pandang ke lain
penghinaan bukan satu perkara yang boleh dibuat main
bukan boleh tutup mata simpan dalam timbunan kain

aku ingat kau sudah berubah
hari ni ternyata aku salah
kau mana boleh mengaku kalah
kau suka bila hati orang jadi susah

wahai manusia yang tidak akan pernah sempurna 
berhentilah mengkeji itu perbuatan hina durjana
keseronokannya yang kau rasa sekadar sekejap cuma
kelak kau dicaci maki baru kau tahu erti merana

setelah terlewat jangan nak melolong macam orang mati laki
jangan nak terjun tingkap nak bawak diri
kau hanya mampu duduk termenung menyesali
perbuatan membina api yang membakar diri sendiri

i love u.. yes u.. u yang baca entry ni.. hehe

Comments

  1. love u too.. hahaha ops! hehe.. wow entri panahan jiwa sanubari ni.. kalau dia buat comeback untuk serang balas muja jangan risau abam backup.. hahaha

    ReplyDelete
  2. terbaik... err.. tu sajak ke puisi ek... dan..dan... sapa tu ek... :P

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. bila ada penyebab.. terus jadi kreatif.. huhuhu

      Delete
  4. inilah namanya pantun puisi sajak syair..digabungkan all in one..terbaik muja..hu3..sapa tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la kucha,, pengajaran untuk semua je ni,,, general,, huhu

      Delete
  5. heeee.. da mcam syair pun ada.. sajak pun ada.. heeee.. mendalam sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cetek tak menusuk. kena tajam sikit baru menikam. haha

      Delete
  6. Terbaik la muja.. Kak syafa terkesima baca karya kamu ni.. Really!! You're super duper right... Rase mcm nk potret jew.. Kak syafa pun kena jugak.. Sampai trauma dah nk berkawan.. Ni la orang ckap jugak.. Madu dibalas racun.. Sungguh kita bukan manusia sempurna.. Tak mampu nak jadi sesabar Nabi kita, Muhammad SAW.. Ape2 pun, sabar yew muja.. lumrah kehidupan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sabar muja buat dah macam dia.. tulis terang-terang nama dalam entry,, bagus sangat,, :)

      Delete
  7. manusia muja..biasalaa..ada yg cakap mahu berubah tapi tak pun sbnrnya..omong kosong je

    ReplyDelete
  8. fuh bila cikgu dah buat pantun ke..syair ni..ke puisi..ahhaha..memang marbelous..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD