Cara Mengurangkan Berat Badan Untuk Wanita: 3 Keadaan Leptin Dalam Tubuh


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM. 

Cara Mengurangkan Berat Badan Untuk Wanita: 3 Keadaan Leptin Dalam Tubuh | Sebelum meneruskan pembacaan, baca dulu --) Apakah Leptin. Baru senang sikit nak paham. Kita sambung pembelajaran kita semalam ye murid-murid.  Eceyh. Macam nak mengajar lak aku. Entry ni ternyata akan menjadi sangat panjang. Please, bear with me. Tahan sikit k ;)

Otak kita, atau secara lebih spesifiknya; hypothalamus, sentiasa berhubung dengan sistem badan, semacam ada handphone gitu dorang ni, termasuklah dengan Leptin yang sangat penting ini. Otak kita selalu tanya Leptin, badan kita ni dah cukup tak bekalan lemak. Leptin pun akan jawablah cukup ke tak. Receptors pada otak akan menerima signal dan memberi signal kepada badan pula akan gerak balas yang sepatutnya berlaku. Begitulah mereka ni. Saling berhubung untuk memastikan sistem badan manusia berjalan dengan baik.

Nenek moyang kita dulu selalu hidup dalam keadaan yang susah. Nak dapat makanan pun sangat susah. Tabiat hidup mereka selalu berjuang untuk hidup dalam serba kekurangan. Mereka memerlukan tenaga yang banyak. Disebabkan itu, otak mereka selalu memberi signal untuk badan mereka menyimpan lemak untuk kegunaan mereka. Hal ini memberi kesan kepada generasi sekarang kerana cara otak ini dibawa secara genetik. Generasi sekarang tu sape? Kitalah -.-

Otak kita sekarang masih sama macam orang zaman dahulu. Selalu rasa kita memerlukan simpanan lemak yang banyak untuk bekerja, memelihara anak bagi orang yang baru lepas melahirkan (tengok badan orang lepas kahwin, sedih sangat. kesan hubungan Leptin dengan otak la tu. T_T), dan sebagai bekalan apabila kita dalam keadaan tiada makanan.

Otak kita masih berfungsi seperti otak orang zaman dahulu. Kita tahu zaman sudah berubah tetapi otak kita tak tahu yang kita sekarang bekerja dalam suasana pejabat, kita hantar anak kita ke nurseri, kita menggaji pembantu rumah. Kita tak boleh nak salahkan otak kita. Dah memang tugas dia macam tu. Untuk kebaikan kita jugak. Niat dia baik. Husnudzon please!


Disebabkan ini, badan kita sentiasa mempunyai bekalan lemak yang berlebihan padahal kita sudah tidak memerlukannya. Otak kita hanya tahu kita memerlukan simpanan lemak yang banyak untuk terus hidup, tetapi otak tidak tahu yang kita mahu kelihatan cantik, kita rasa malu dengan bonjolan lemak di sana sini. Jadi, tugas kita sekarang adalah mengaktifkan Leptin supaya otak tahu yang,

'KAMI TIDAK MEMERLUKAN SIMPANAN LEMAK YANG TERLALU BANYAK DAAH!!! pastu senyum :) '

Macam tu la lebih kurang. Ekekeke. Caranya macam mana? Belum lagi. Kita kena tahu 3 keadaan hormon Leptin dalam tubuh dulu. :P

Terdapat 3 keadaan Leptin dalam tubuh kita; Good, Low dan Leptin Resistance. Penerangan seterusnya adalah merujuk gambar di bawah. Harap-harap gambar yang muja lukis guna Paint ni tak mengharu-birukan otak korang. Kalau haru pun, cuba-cubalah fahamkan. Ok? :)

Cara Mengurangkan Berat Badan Untuk Wanita, 3 Keadaan Leptin Dalam Tubuh
3 Keadaan Leptin Dalam Tubuh yang dilukis oleh Muja, si buta lukisan. Harap dapat difahami. Tq.

1. Good
  • simpanan lemak yang mencukupi
  • proses metabolism pada tahap terbaik
  • keinginan untuk makan adalah normal
Pada good condition, lemak yang ada dalam badan kita adalah mencukupi, sekali gus Leptin juga mencukupi. Apabila badan kita sudah mendapat bekalan lemak yang cukup selepas kita makan, Leptin akan menghantar signal ke otak bahawa bekalan lemak sudah cukup. Otak pula akan menghantar signal kepada badan bahawa kita tidak memerlukan pertambahan lemak. 

Jadi, kita akan berasa kenyang dan berhenti makan. Proses metabolism berlaku untuk pembakaran lemak macam biasa bagi menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Inilah keadaan Leptin yang kita inginkan. Kita nak good Leptin condition!!! :D

2. Low
  • simpanan lemak yang tidak mencukupi
  • proses metabolism menjadi perlahan
  • keinginan untuk makan meningkat
Pada low condition pula, lemak yang ada dalam badan adalah tidak mencukupi akibat daripada diet berat yang ramai antara kita jalankan, yang menyebabkan kita kebuluran. Ada yang tak makan langsung macam orang yang mengalami masalah aneroksia. 

Ini adalah tidak bagus. Kita sekat pengambilan lemak pada tahap yang badan kita tidak dapat menghasilkan tenaga yang cukup, sedangkan dalam piramid makanan juga diterangkan yang lemak perlu diambil dalam kuantiti yang banyak (bukan terlalu) kerana lemak adalah sumber tenaga utama badan.

Apabila lemak sikit, secara automatik, Leptin yang dihasilkan juga sedikit. Signal untuk disampaikan kepada otak bahawa kita sudah kenyang turut menurun. Makanya, otak pun akan menghantar signal kepada badan,
 'Manusia ni kurang lemak. Kasi dia lapar biar dia pergi makan'. 
Namun begitu, kita tetap tidak makan sebab kita sedang dietlah konon. Lepas tu, mulalah kita berasa lesu, tak cukup tenaga. Kesian badan kita, kebuluran. Proses metabolism yang aktif (apabila kita terpaksa aktif secara fizikal) pula akan membakar lemak yang sedia sikit itu, menyebabkan ada orang yang kebuluran meninggal dunia. 

Betapa teruknya kesan low leptin condition ni! Sampai boleh membawa maut!

Yang lagi teruknya, apabila diet berat ini tidak menunjukkan hasil yang diimpikan. Kita menjadi terlalu fed up menahan nafsu makan yang membara, kita pun akan berhenti berdiet. Kita mula makan semula. Otak kita pula banyak menghantar signal yang kita memerlukan lemak sebab kita baru dapat makanan, lepas ni kita mesti kebuluran lagi kalau tak simpan banyak-banyak.

Bila dapat signal macam tu, proses metabolism menjadi perlahan. Hanya sedikit lemak ditukarkan kepada tenaga. Kita pun terus berasa lapar dan makan, dan lapar dan makan. Lemak terus disimpan. 

Lalu, simpanan lemak kita akan lebih besar berbanding sebelum kita diet menyebabkan weight rebound effect; pertambahan berat badan semula yang akan menjadi lebih berat daripada masa mula berdiet. Sadis sangat kalau jadi macam ni. T_T

Nak ke? :'(

3. Leptin Resistance
  • Signal hormon Leptin dihalang sampai ke otak
  • Badan ingat simpanan lemak dalam badan adalah tidak mencukupi padahal sudah teramat berlebihan
  • Proses metabolism menjadi perlahan
  • Rasa ingin makan terus meningkat
Yang ni adalah masalah yang ramai antara kita para wanita alami iaitu Leptin Resistance. Lemak banyak, leptin banyak, tapi tetap lapar, tetap makan, dan tetap mempunyai masalah berat badan berlebihan

Lelaki makan banyak, tetap kurus. Lelaki diet sikit terus kurus sebab mereka kurang mempunyai masalah Leptin Resistance ni. Tapi jangan jeles. Wanita mempunyai dua kali ganda Leptin berbanding lelaki. Tapi, Leptin kita kurang aktif. Kita kena cari cara nak aktifkan dia. :)

Macam ni cerita dia. Leptin Resistance terjadi apabila signal yang dihasilkan oleh Leptin disekat daripada sampai ke otak. Seperti kita menghadapi gangguan Wifi gitu. Bila signal tu tidak diterima oleh otak, maka otak akan fikir yang badan kita kurang lemak. Otak pun macam cakap camni: 
Eh, sikitnya signal yang Leptin bagi kat aku. Budak ini kebuluran. Tak cukup simpanan lemak. Ok. Aku nak hantar signal lapar la kasi budak ini cari makanan. Kalau tak, boleh mati ni.

Otak ni boleh dikatakan lurus bendul, tapi dia baik. Dia tak de mata nak tengok punyalah banyak simpanan lemak yang kita dah ada. Dia hanya tahu, apabila tak dapat signal daripada Leptin, manusia kena makan. Dah memang tu cara dia berfungsi. Jangan nak salahkan dia pulak. Akal ni nikmat terbesar ALLAH bagi kat kita tahu. :)

So, kita akan berasa lapar secara berterusan. Makan sikit tak cukup, kena makan banyak. Proses metabolism menurun sebab signal dari otak yang memberitahu lemak dalam badan tidak cukup. Badan pun berterusanlah juga menyimpan bekalan lemak yang kononnya kita perlukan tu. 

Berat badan pun bertambah dan bertambah. Dengan bertambahnya lemak, Leptin semakin bertambah, tetapi Leptin tu semacam tak berfungsi di tahap maksimum. Ada pun macam tak de. Kita lak makin gemuk. Kita pun tacim :'(

Kalau salah harap dimaafkan sebab Muja tulis berdasarkan pemahaman Muja sendiri, bukanlah pakar diet ke hape. Sekadar berkongsi apa yang Muja rasa patut kongsi. Kalau boleh, lepas baca pun buat rujukan sendiri supaya fakta tu dapat dipastikan betul. Hokay? ^^

Alamak, dah penah menulis. Tunggu kesinambungan kita cinta Leptin dan Lemak pada entry akan datang k. Choww. Wassalam. :)

Baca ni kalau tak tahu Leptin tu apa k --)) Cara Mengurangkan Berat Badan Untuk Wanita: Apakah Leptin?

Comments

  1. bila byk lemak bdn ni cpt sgt letih dan rasa mngantuk..:D

    ReplyDelete
  2. Ahaha... Punya la husnozon Otak tu ye .

    Ok la.. paham sesikit.

    Cuma nak tau camne nak kasi Leptin tu normal signalnya.

    ReplyDelete
  3. orang yang metabolisma tinggi, adakah leptin dia dalam keadaan normal kerja dia muja?

    ReplyDelete
  4. Wahhh! lama dah saya x sentuh bab2 sains nie.. Refresh balek layan entry nie..

    ReplyDelete
  5. ooo.. jadi kene makan pil leptin bebanyak.. baru jadi kurus eh.. :3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus