Keputusan UPSR adikku Muhammad Amir


ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

nape ek rasa lama dah tak menulis kat blog sendiri ni. padahal selalu juga rasanya menghapdate. maybe sebab update dalam keadaan yang tak berapa leisure jadi tak de jiwa. sekarang baru terasa semangat itu kembali. terus semangat bayar domain lepas exam. eceeyyyhhh.

kisah peperiksaan muja coretkan kemudian untk memberi peluang cerita tentang adik muja yang hampir bongsu. opsss! masih bukan bongsu k. amir anak ke 6 daripada 7 beradik. muja anak sulung. ok. tak de yang tanya -.- tak pe, tak menyesal pun bagitahu korang :P

macam yang kita tahu result UPSR sudah pun diumum hari Khamis lepas yakni pada 14 Nov 2013. sama harinya dengan hari last paper for my exam but my paper was in the afternoon. so, sempat lagi nak tanya umi result amir. mula-mula tu umi reply tak dapat lagi. dalam seminit lepas tu terus sampai, 'amir 5A'. yeah, my doctor ummi. everything has to be tepat dan padat. no more no less :')

keputusan UPSR adik
akak dia lak yang bersungguh capture buat kenangan. tuan empunya? letak dalam kotak kasut rasanya. grrrrr
muja tumpang gembira dengan pencapaian amir. antara sebabnya adalah amir adik lelaki muja, amir sekolah kat sekolah rendah muja dulu, pencapaian Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa tahun ini adalah 45 orang mendapat 5A yang merupakan pencapaian terbaik dalam daerah Pasir Puteh-Machang. hebat sungguh sekolah aku sekarang ye. kemaheennn...

so, to celebrate his success, abah bawak kami satu family ke KFC Kok Lanas. kemain kan? dulu cek dapat jam seketul abah bagi. lain sikit. kih3. kalau ikutkan muja, nak makan tomyam je. tapi dah abah suka sangat makan kepci, there goes my diet plan tahu. huhuu. tak pe demi family tercinta, apalah sangat kalau naik 1 or 2kg tuu. khan? khen? truup truup T_T

amir yang pakai tshirt merah ngan spec bingkai hitam tuh. eleh, malu-malu lak dah :P
kalau tengokkan perangai amir tu, tak sangka langsung dia dapat 5A. kat rumah main game, berebut remote control astro ngan hana, keluar petang sampai maghrib, selalu balik rumah sebab tak bawak buku, pencil box? rasanya memang tak de. baca buku? memang tak la kan. siap pernah kena denda duduk kelas lain sebab buat hal dalam kelas sendiri. rasanya sebab banyak sangat tak siapkan homework. lupa dah. 

budak cenggini boleh dapat 5A?? kejamnya statement aku!!! :D

kakak dia lak yang terlebih excited kan? kah2 ^^
lepas dalam sejam dok melantak kat situ sambil tengok sinetron, kami pun siap nak balik. tinggalkan zie kat situ sebab kawan dia datang ambik. dia nak tidur rumah kawan dia. apalah budak tuh, baru balik pagi tu, malam tu dah nak tidur umah kawan. i olz tacim tau! lepas makan kat kepci, tak kenyang lagi, sambung lak makan sup dekat kampung. huh. diet la sangat muja oiiiii. perangai makan banyak tu tak berubah :P

sambut dapat 5A di KFC
just before getting in the car. sempat lagi tengah panas pun. sebab photographer dialah. eh, muja la tu :P
to my brother Amir, 
tahniah for your success, tahniah sebab berjaya dapat 5A. kak harap amir selalu succeed dan you will take care of our family. awak kan lelaki. biarpun tak dapat hadiah kereta macam budak sekolah zainab dapat, appreciate and bersyukur dengan what you have k. i truly love you and our family even though kak salu garang-garang.

eleh, baru UPSR amir. boleh la nak gebang. jangan nak terlalu berpuas hati pulak. (ayat tak puas hati sebab muja nak dapat 5A dulu punyalah pulun especially Maths. mintak nyawa sangat time tu nak belaja T_T)

kalaulah Sumayah ada T_T

Comments

  1. Wahh nak download nak edit ganti nama saya la :-)

    ReplyDelete
  2. wow.. bahagianye.. nyum-nyum KFC :3

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada adik muja.. kirim salam.. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk adik Muja...mesti pandai ni..belajar sikit dah score 5 A..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Amir. Dpt hadiah apa? Mini cooper gak ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti kes tak baca entry ni,,, orang dah cakap kot,, -.-

      Delete
  6. tahniah muja, tahniah utk adik.. moga pas ni terus cemerlang lagi

    ReplyDelete
  7. Tanniah dapat 5A. Rancang nak masuk sekolah mana?

    ReplyDelete
  8. Emm tahniah buat adik muja..terrer..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus