Ada Apa dengan Maybank Cardless Withdrawal

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.

Ada Apa Dengan Maybank Cashless Withdrawal | Suatu ketika dahulu, susahnya hidup bila tak de akaun bank sendiri. Duit pegang kat tangan je. Bila masuk Universiti Malaya, baru tahu pasal bank in, withdrawal. Rasa macam lejen sangat dah bila boleh tayang kad ATM masa tu. Lambat bebenor matangnya. Kah3

Then bila mula terjebak dengan T-shirt Handsleeves ni, Muja mula merasakan pentingnya online banking. Senang nak terima bayaran dan nak transfer ke bank supplier. Kesian dia susah sebab Muja selama ni. Muja memilih Maybank2u sebab ramai yang gunakan khidmat Maybank ni. Mesti ada kelebihan beliau sendiri sampai semua orang nak gunakan Maybank2u nih.

Malangnya, satu hal dengan penggunaan kad ATM adalah, tuan punya kad ATM ni selalu tertinggal atau terhilangkan beliau. Sama ada tertinggal kad ATM sahaja atau pun pakej terus dengan purse. Urghh! Putus nafas rasa. Lebih teruk lagi kalau masa tu tengah nak shopping. Mesti kelam kabut punyalah. Boleh berkecai impian berbelanja sakan yang dirancang. T_T

Tapi sekarang, Muja tak perlu risau lagi sebab Maybank sudah memperkenalkan Maybank Cardless Withdrawal atau Sistem Pengeluaran Wang Tanpa Kad ATM Maybank. Nama pun dah kemain. Hebatkan? Sekarang, kalau tertinggal kad atm ke hape, senyum sambil jeling-jeling saja. Apedehal. Maybank Cardless Withdrawal kan ada. Eceyh. :P

Untuk menggunakan perkhidmatan Maybank Cardless Withdrawal ini, pertama sekali kita kenalah ada akaun Maybank dan Maybank2u. Selepas membuka akaun Maybank, korang boleh aktifkan Maybank2u. Boleh ikut cara seperti di bawah ni.

Cara Mengaktifkan Akaun Maybank2u




1. Pergi ke ATM Maybank. Masukkan nombor pin 6 digit sebanyak dua kali.
2. Pergi ke www.maybank2u.com.my , klik Login, kemudian First time login. 
3. Tengok video tutorial dengan teliti untuk mengelakkan aktiviti phishing.
4. Jawab setiap soalan dengan betul.
5. Masukkan 16 digit nombor akaun dan 6 digit nombor pin.
6. Pilih gambar dan masukkan ayat di bahagian Phrase sebagai lapisan keselamatan kedua.
7. Jawab Security Questions dan klik Submit.
8. Selesai.

Selepas Login kali pertama, korang boleh pilih Login apabila mahu akses ke Maybank2u. Apabila Maybank2u korang sudah aktif, korang boleh mula menggunakan servis Cardless Withdrawal pulak. Hanya perlu ada talian internet untuk login ke Maybank2u dari mana sahaja korang berada. Seriously tak susah pun nak guna servis ni. Cer tengok kat bawah ni.

Cara Menggunakan Sistem Pengeluaran Wang Tanpa Kad ATM dengan Maybank




Login ke Maybank2u
Klik Accounts & Banking
Klik Transfers
Klik Open Cardless Withdrawal di bahagian Cardless Withdrawal.

Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad ATM oleh maybank

Masukkan nombor telefon penerima dan namanya. 
Pilih Amount yang ingin dikeluarkan. 
Tick pada I Have Read and Understood Terms and Conditions. 
Klik Continue. 

Jumlah minimum pengeluaran adalah RM100 dan maksimum adalah RM300 dengan menggunakan Maybank Cardless Withdrawal. Hanya 2 kali pengeluaran dibenarkan dalam sehari untuk nombor telefon penerima yang sama. Tiada caj dikenakan untuk servis ini sehingga 28 Februari 2014. Caj akan mula dikenakan pada 1 Mac 2014.

Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad ATM oleh Maybank

Tekan Request A TAC Number. TAC number akan dihantar ke nombor telefon pemilik akaun. 
Isikan TAC Number di bahagian TAC.

Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad ATM oleh Maybank

Setelah itu, kita akan diberitahu status transaksi sudah berjaya.

Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad atm dengan maybank

ID Transaksi 16 digit dan Kod Pengeluaran 6 digit akan diberikan melalui sms. Kedua-duanya diberikan untuk mengelakkan kes penipuan. Jika kita sendiri adalah penerima, kedua-dua jenis nombor akan diterima oleh kita sendiri. Jika sebaliknya, pengirim perlulah memberikan kod itu kepada penerima kerana tanpa kedua-dua kod ini, pengeluaran wang tidak akan berjaya dan selepas 24 jam, wang tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun pengirim.


Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad atm oleh maybank
Kedua-dua ID transaksi dan Kod Pengeluaran diterima oleh pemilik akaun.

Setelah itu, penerima bolehlah ke mesin ATM Maybank untuk mendapatkan wang yang dikirim menggunakan Maybank Cardless Withdrawal ini walaupun penerima tidak mempunyai akaun Maybank dan penerima juga tidak memerlukan sebarang kad ATM. 

Cara-caranya adalah seperti di bawah.

Pilih jenis transaksi Pengeluaran Tanpa Kad.
 
Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad atm oleh maybank

Isikan ID transaksi dengan 16 atau 17 digit. Setelah yakin yang ID transaksi telah diisi dengan tepat, pilih Ya.

Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad atm dengan maybank

Isikan pula Kod Pengeluaran 6 digit dan pilih Ya.

Maybank Cardless Withdrawal, pengeluaran wang tanpa kad atm dengan maybank


Percaya atau tidak yang segalanya sudah selesai di sini. Senangnya. Alhamdulillah.
Sumber gambar dari EyriqazzDotCom.

Kelebihan Pengeluaran Wang Tanpa Kad ATM oleh Maybank

Boleh digunakan dalam pelbagai situasi terdesak di mana kita dalam keadaan tanpa kad ATM.
Proses yang cepat dan mudah digunakan.
Boleh digunakan untuk mengirim wang kepada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang bukan pelanggan Maybank.
Caj perkhidmatan yang murah untuk perkhidmatan yang sangat berguna.

Sukanya hati ni bila lepas ni tak perlu risau dah kalau tertinggal kad ATM. Berguna sangat untuk manusia pelupa macam Muja ni. Tunggu!

ADA LAGI BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENGGUNA MAYBANK CARDLESS WITHDRAWAL!!!


Maybank kini menawarkan hadiah berjumlah RM500 setiap hari sehingga 5 Februari 2014 untuk korang untuk setiap transaksi yang berjaya. Fuuh! Sudah menyenangkan, nak bagi kita duit pulak. Free je dapat RM500 dengan hanya mengirim duit untuk diri sendiri. Kaching kaching kaching! :D

Semua ada peluang menang. Bak kata orang dulu-dulu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Apa tunggu lagi? Cubalah! :D
Wassalaam.

Comments

  1. xbest sebab dapat keluarkan sikit sgt... :'(

    ReplyDelete
  2. Byk blog share pasal ni. Blog ko jgk aku tekan. BTW, ini sgt awesome. Tp setakat ni tak pernah lagi lah aku tertinggal kat ATM tp mungkin satu hari. mana tau kan?

    Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,, tocey tocey sebab sudi singgah,, yap,, dah ada ilmu,, dah tahu cara,, nanti kalau ada apa apa ke,, senang :D

      Delete
  3. Macam menarik.. nak choba la nanti..

    ReplyDelete
  4. Satu lagi alternatif baru utk saya yg selalu terlupa kad atm/dompet di rumah haha..nice sharing, mungkin ini baru tahap percubaan sbb tu limit RM300 je..

    ReplyDelete
  5. pergh..mudah rupanyer..tapi ad punyer maybnk2u de problem..dh login tak masuk2..access denied je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus