Seperti Burung

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Seperti burung
Aku mahu bebas terbang di angkasa wara
Tiada penghalang tiada kesesakan jalan raya
Cuma kembangkan sayap dan kibarkan sepuasnya
Destinasi yang diingini pasti akan tiba

Seperti burung
Aku mahu kuat hati kuat jasad
Usaha sungguh sungguh tak reti erti penat
Sampai satu masa suatu saat masa untuk berehat
Ke bumi aku turun untuk mendarat

Seperti burung
Aku punya keinginan yang sarat
Setiap inci muka bumi Allah ini mahu aku lawat
Menikmati keindahannya aku tidak mahu lewat
jika tidak satu masa nanti aku pasti ralat

Seperti burung
Aku tidak mahu disekat
Dikurung di dalam sangkar emas indah dari luar
Di dalamnya pasti aku berasa terjerat
Terseksa ya itu yang pasti tidak terungkap

Comments

  1. bentuk burung tu cam sabun dove.. ^^

    ReplyDelete
  2. mohon naik flight lagi bebas dari traffic jam.... pas tu boleh singgah mana2 destinasi yg ko nak huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD