Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Akhirnya tarikh dan tempat untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati diumumkan juga setelah beberapa lama para blogger didedahkan dengan pelbagai perkara menarik yang akan berlaku di majlis gilang-gemilang ini. Pandai betul para penganjur buat kami tertanya-tanya dan teruja kan? :D

Tajuk : Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 #SBBYEOS2014
Tarikh : 8 Mac 2014
Masa : Sabtu, 10 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Saloma Bistro, Kuala Lumpur


sepetang bersama blogger 2014, sbb2014, sbbyeos2014
Klik Sini Dan Daftar. Jangan Lepaskan Peluang Ini. :D

sepetang bersama blogger 2014, sbb2014, sbbyeos2014
Yeos, Penaja Besar Sepetang Bersama Blogger 2014.

Tahun lepas, Muja hanya mampu cemburu melihat para blogger berkongsi tentang pengamalan mereka di majlis gilang gemilang yang mungkin akan menjadi acara tahunan pihak penganjur iaitu Denaihati.Com, blog yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Hanya mampu melihat dengan penuh minat pelbagai benda yang didapati dalam majlish Sepetang Bersama Blogger 2013.

Tahun ini, Muja boleh pula menjadi berani untuk minta kebenaran untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk menyertai Sepetang Bersama Blogger 2014. Selalunya takut. Abah pula sudah izinkan. Dapat tahu pula Hazanis memang nak gi KL dan sudi pergi dengan Muja. Semua macam membenarkan. Mungkin sudah menjadi rezeki Muja kali ini. Semoga rancangan ini menjadi. Amiin.

Disebabkan Muja yang jauh dari Kelantan ni pun sanggup ke Kuala Lumpur untuk jumpa korang semua, jadi Muja pun nak menyeru semua pembaca menyertai Sepetang Bersama Blogger 2014 ni. Tidak terhad kepada blogger semata-mata pun. Semua boleh sertai. Jom la. Muja nak jumpa korang. Banyak sebab untuk korang sertai majlis ni tau. Baca di bawah ni. :D

Sebab-sebab Blogger Mesti Menyertai Sepetang Bersama Blogger 2014


1. Menghargai usaha penganjur yang bersusah payah menganjurkan program ini.
2. Penyertaan sponsor besar daripada syarikat minuman YEOS yang sangat popular.
3. Program ini diadakan di Saloma Bistro, tempat yang sangat eksklusif.
4. Sponsor menawarkan hadiah menarik termasuklah iPhone dan pakej percutian. 5. Hadiah misteri disediakan untuk top 5 affiliater Sepetang Bersama Blogger 2014.
6. Mini contest pula menyediakan hadiah gajet terkini jenama Samsung impian ramai.
7. Semua peserta berpeluang pulang dengan hadiah dengan adanya cabutan bertuah.
8. Semua peserta akan mendapat hadiah ekslusif termasuk Tshirt dan buku Denaihati.
9. Makanan yang disediakan juga sangat menarik termasuklah kambing dan cendol.
10. Yuran pendaftaran yang iaitu RM20 untuk majlis yang sangat hebat.
11. Menunjukkan sokongan untuk blogger yang berusaha mengumpulkan para blogger.
12. Berjumpa dengan para blogger yang selama ini hanya kenal di alam maya.
13. Mengeratkan silaturrahim sesama semua blogger yang ada di Asia Tenggara.
14. Kehadiran blogger-blogger hebat yang akan berkongsi ilmu dengan semua peserta.
15. Mendapatkan ilmu baru daripada pertukaran ilmu dalam kalangan blogger.
16. Meluaskan lagi rangkaian perhubungan dalam arena blogging.
17. Memperkenal dan mempromosikan blog masing-masing.
18. Mencari peluang dan rezeki daripada semua peserta yang hadir.
19. Peluang menjana rezeki dengan membuka booth untuk mereka yang berbisnes.
20. Memperkenalkan perniagaan yang dijalankan sama ada secara online atau offline.

sepetang bersama blogger 2014, sbb2014, sbbyeos2014, saloma bistro kuala lumpur
Saloma Bistro, Kuala Lumpur, tempat Sepetang Bersama Blogger 2014

Wajib Sertai Sepetang Bersama Blogger 2014


Hebatkan? Semua ini menunggu kita semua. Semua ini disediakan untuk semua peserta Sepetang Bersama Blogger 2014. Jujurnya, memang Muja tak sabar sangat nak ke Kuala Lumpur untuk ke majlis ni. Lepas keluar dari Universiti Malaya, memang Muja tak de peluang lagi ke Kuala Lumpur untuk jalan-jalan. Inilah peluang Muja ke sana, sambil berjumpa dengan rakan-rakan blogger. :D

Harap-harap Muja sempatlah sampai ke sana. Yelah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Nak sangat jumpa korang semua tau. Jangan buang masa lagi! Daftar sekarang sebab kita tak nak terlepas cabutan bertuah mingguan kan? Jom!

Daftar sekarang! Klik sini ---)) Pendaftaran Sepetang Bersama Blogger 2014

Wassalaam. 

Comments

  1. seronoknya...tak dapt nak join sbb xde geng dari jb nie..

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat pergi... take care semoga selamat pergi dan balik, kita dekat sini hanya mampu cemburu untuk kali kedua, tunggu tahun depan *kalau ada*

    jemput singgah ke teratak kita www.haneeza.com :)

    ReplyDelete
  3. kira confirm la ni jadi bodyguard peribadi gua? haha..

    uniform wajib pakai tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhhh.. body guard luu? best gak.. mohon up gaji :')

      Delete
  4. Saya sudah daftar. Jumpa disana nanti.

    ReplyDelete
  5. macam menarik jer nie...tak jauh pun dari rumah..nanti kena check schedule dulu..kalau takde pape bleh join nih..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Kalau drive ke KL, sila berhati-hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak drive pun, jalan dalam klate ni pun tak fasih lagi,, kah3

      Delete
  7. Emm entah la..nak datang ke tak..confius lagi nih...hahaha

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. insya ALLAH,, moga selamat saya sampai nanti :D

      Delete
  9. aiseh.macam ramai plak nak date ngan Muja ni..ehehe..kena kasi tshirt satu ni kasi rasuah..ahahaa..insyallah jumpa kat sana eh Muja..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,, insya Allah bro,, cant wait to see all of you :D

      Delete
  10. jauh tehh sanggup mari, ganah demo

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertahun doh tok gi,, sambil jenjalan kenal ibu negara katanya :3

      Delete
  11. mantap lahhhh... 20 sebab lak tu... jumpa di sana.. sana.. sanaaaaaaa

    ReplyDelete
  12. ciktom pn dh register...nati blh kenal dgn muja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghhh,, tak sabar nak kenal ngan cik tom tau,, :D

      Delete
  13. Replies
    1. insya ALLAH eyriqazz.. tq sudi jumpa ittew yang picisan nih,, huhuu :D

      Delete
  14. waaaah macam best je...nak join tp macam xlayak je lg..huhu

    ReplyDelete
  15. Semoga majlis berjalan lancar. Masih xpasti...sedang difikir2kan....maluuu, hehe

    ReplyDelete
  16. wah rasanya macam kena datang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak ada rasa-rasanya lagi,, eleh,, buat saspen lak dia :P

      Delete
  17. selalu pegi kl..pegi ukm jumpa supervisor.
    tapi 8hb xleh join.sek ganti :(

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum.... Muja ada pergi ke snb 2014ni,

    ReplyDelete
  19. Blogger yg xjoin, lg2 tggl area smnjung mmg rugii. Zara ngan husbnd dok sabah.. xdpt nak pegii.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa,,, sedih la tak leh jumpa pasangan retis,, hehe

      Delete
  20. Replies
    1. tak de rezeki lagi tu,,, tahun dpan masih ada insya ALLAH :D

      Delete
  21. Yeaaay , muja pegi ke.. nak jumpa muja laaaaaa...

    ReplyDelete
  22. cantekkk.. ramai awek pegi.. ahaha

    ReplyDelete
  23. alamak.. kena pegi gak nih... hoho

    ReplyDelete
  24. Bestnya...gud luck sis!


    http://www.ibuzara-corner.blogspot.com/

    ReplyDelete
  25. selamat berkenalan dengan blogger2 yang glamor muja :)

    ReplyDelete
  26. Hai cikgu MUJA. tk dpt jumpa, aku tk join. Ciss liyliz da belajar guna aku cakap dgn Muja.

    ReplyDelete
  27. Salam..

    Wow, pergi juga yea? Saya pun join sekali.. Jumpa disana ya! ^_^

    ReplyDelete
  28. :( I tak dapat pergi. Terlambat nak register!

    ReplyDelete
  29. wah, nampak grand gila... untungnya, serius.. dapat jumpa ngan blogger2 lama dan baru.. kenal2

    ReplyDelete
  30. tak dapat pergi kali ni..kat luar negara sekarang.

    ReplyDelete
  31. Jumpa di sana ya adik Muja manis... :)

    ReplyDelete
  32. Terima kasih berjaya hadirkan diri dan mudahan semua yang hadir dapat manfaat dengan sebaiknya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD