Cara Mencuci Muka Dengan Betul

Cara Mencuci Muka Dengan Betul | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tak sangka, ada juga yang mencari cara sikat rambut yang betul. Ingatkan aku je masa zaman tak baligh lagi dulu. Kah3. Maka termasuklah golongan tersebut dalam blog picisan aku yang tak berapa nak seo sangat ni. Padan muka dorang. Naikkan pageview blog aku. Hahaha.

fair & lovely, cara mencuci muka dengan, cuci muka, mencuci muka, jaga muka, tip kecantikan, cara cuci muka
Produk Fair & Lovely antara produk kecantikan yang lama bertahan.
Lengkap untuk semua keperluan kulit. Dipercayai mungkin? :D

Kali ni, aku nak berkongsi pula cara mencuci muka dengan betul. Antara yang aku titik beratkan dalam penjagaan kulit muka adalah proses mencuci muka. Untuk orang dengan kulit muka tak licin dan berkawah macam bulan ni, memang aku berusaha keras dalam penjagaan muka.


Jerawat, eye-bag, kedut. Apa jelah yang tak de kat muka aku. Jadi, dalam setahun aku mengikut beberapa cara mencuci muka yang betul, alhamdulillah, kesan yang sangat jelas didapati. Mula dengan melihat video orang Korea mencuci muka, membaca artikel cara mencuci muka, dan akhirnya aku gabungkan semua dalam entri ini.

cara mencuci muka dengan betul, cuci muka, cara cuci muka, mencuci muka, jaga muka
Gambar lama kulit tanpa mekap. Lepas sesi berjerawat, berparut pula.
Semakin menghilang hari demi hari. Sukanya ittew. :D

Aku harap korang boleh ikut sekurang-kurangnya 8 daripada 10 langkah cara mencuci muka dengan betul ini dan insya Allah, korang akan lihat kesan yang sangat ketara. Jangan tak percaya sebab aku sendiri guna.

1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Sel dalam badan sentiasa diperbaharui dan sel-sel mati tetap kekal. Jadi, penting bagi kita untuk menggunakan skrub muka untuk menghilangkan sel mati kulit muka. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar untuk mengelakkan luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu eksterem; terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka untuk mengelakkan peningkatan daripada segi sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.

4. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.

5. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti-bakteria Terlebih Dahulu

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.

6. Memfokuskan Pada Zon T Muka

Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.

7. Mencuci Muka Perlahan-lahan

Dalam penjagaan kulit muka, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.

8. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala Atau Sebagainya

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

9. Menggunakan Topeng Kecantikan Untuk Muka

Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, asid hyaluranik dan vitamin C dan E.

10. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.

Selain daripada 10 langkah di atas, aku nak tambah yang kita perlu mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sekali. Tapi seingat aku, Siti Saleha pernah cakap dia cuci muka sampai 5 kali sehari. Mungkin dia maksudkan wudhuk kot.

Apa-apa pun, aku biasanya akan mencuci muka setiap kali aku mandi. Kalau aku mandi 3 kali, 3 kalilah aku cuci muka. Kalau sekali mandi, sekalilah. Tidak lupa gak makan Vitamin C Pahang Pharmacy untuk kulit berjerawatku ini.

Babai. Wassalaam.



Comments

  1. Pencuci muke pun ade yg kne ikut kesesuaian eh? Selalu rembat je. Ehehe. Mujur takde pape kt muke. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untug ismi tkde pape kat muka.. mhon bersyukur.. :-)

      Delete
  2. YEAYYYYY!
    tips yang memang yuyu tengah cari pun... hehe
    miss you kak muja.
    kita g lepak kat soul garden lepas kak muja abis exam nanti k!
    love youuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jumpa ni mohon amalkan.. org mmg dh habis cuti la..
      -,-'

      Delete
  3. ooo tak boleh lap muka pakai tuala terus, nak kecut jerawat tu pakai ubat gigi je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk.. berkesan ek.. tak pela.. guna ais jela dlu kot.. heee.. tq for cadangan :-)

      Delete
    2. boleh pakai tapi tengok kulit la, kalau kulit pompuan ni halus dari laki so tinggal kesan sikit la, mana2 jerawat baru nak naik tu kalau sapu ubat gigi, pagi sok kecut la dia

      Delete
  4. muja awak ade misai ke ? haha kbye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha,,, hoihhh,, awak cakap baru perasan,, now,, it is confirmed that i am a mammalian hahaha

      Delete
  5. main hentam keromo je...tapi bila naik jerawat,mulalah kalut...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. x leh dah gitu,,, untung orang yang tak de jerawat tau,, tak de la berparut cenggitu,, sobss :'(

      Delete
  6. Wahh nice tips muja. Boleh ena amalkan selepas ni. Lately ni, ena cuci muka dengan serbuk teh. Ena akan cuci muka 5 kali sekali, sebelum ambil wudhuk mesti ena cuci muka. Itu jelah ena amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ngan teh ye? kira tak de la mmbzir pencuci muka pun kan,, heee

      Delete
  7. Wahh boleh try nanti ! Mohon dishare di blog ain tau ^^
    http://dakwahmahabbah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Ada cara. Biasa cuci macam tu je jani hilang minyak kat muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh gitu.. ada cara dye.. follow la setakt mampu. :-)

      Delete
  9. cara mencuci muka yg betul buat kulit kita nmpk segar dan kita pon rasa lbh selesa.. Zara besa nya pkai serbuk teh tuu mcm lipton tuu ke.. bleh recycle juga after dah buat minuman.. still bguna tuu.. baik tauu ntuk muka.. =)

    ReplyDelete
  10. wahhh mcm mne nk rwat budak mls nk jge muke ye...hehe

    ReplyDelete
  11. Wahh, so nice entry ni. Bermanfaat. TQ. :)

    ReplyDelete
  12. lepas baca, barulah tahu info-info sikit pasal cuci muka ni...

    ReplyDelete
  13. Tq... info yg bguna.. dah tua baru nk tau cara cuci muka..hihi..

    jemput dtg blog kita yer

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan..
    tips yang berguna.

    anyway jemput ke blog kita yea
    http://syliezwithsupplimenthebat.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. oooo..baru tahu yang ais boleh kecutkan jerawat..tq ye..nak cuba pasni

    ReplyDelete
  16. Salam..tips yg sngt bgus!tenkiu sis..sy nak share ye.nnt jemputla dtg lawat blog sy..supplimentcenter.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Wah sangat bermanfaat sekali buat saya pribadi, saya yakin artikel ini juga bermanfaat banyak terhadap pembaca lainnya seperti yang saya alami.
    Terimakasih bos atas infonya, sukses selalu ..!

    ReplyDelete
  18. omg baru jumpa post ni kbye am i late for this? muka teruk gileeeee!!!(mine)

    ReplyDelete
  19. ok carik ais. makcik ni nak carik ais. dah makcik2 pon jerawat bermaharajalela lagi ni.

    ReplyDelete
  20. Good sharing. Tq😄. Jemput ke blog saya.

    Www.zahirahhafizan.com

    ReplyDelete
  21. Macamana pula untuk lelaki ya? sama x tipnya..hehe

    ReplyDelete
  22. Tips terbaik, kalau 5 kali cuci muka pun boleh, asalkan guna produk yang semulajadi, jadi taklah mengeringkan kulit muka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika