Hari Merisik Nurmujahidah- Keluarga Nik Nashram Datang Rumahlah
Hari Merisik Nurmujahidah- Nik Nashram Datang Rumahlah | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sendiri tak sedar sebenarnya. Tetiba aku kenal Nik Nashram di Facebook, blog. Tetiba aku terjumpa beliau di KFC. Tetiba aku dah in a relationship ngan dia. Tup tup! Eh dia dah jejak ke rumah, jumpa umi abah.
Banyak kali rasanya dia cakap,
Salunya aku just cakap,
Hahaha. Memang gila aku nih. Tapi tu la. Aku ni manusia yang main cakap je. Cakap dalam tak tahu aku sendiri serious ke tidak. Aku juga tak tahu dia serious ke tak. Yelah, insecurity in girls. Aku betul-betul rasa takkan ada lelaki yang betul-betul suka aku, sampailah aku jumpa dia. :')
Aku susah sangat nak percaya kat dia. Masa tu pulak tengah kecewa. Kena reject. Sedih. Parah jugaklah. Sure dia pun pening dengan perangai aku. Lepas datang rumah baru percaya sikit-sikit. Tak 100% lagi sampai sekarang tau. 99% je. Agagaga :P
Perghhhh! Aku rasa sangat retis bila aku tulis ayat di atas. Hahaha. Kat mana lagi blogger nak jadi OVER kalau bukan di blog dia sendiri. Tak gitu anonymous? :)
Banyak kali rasanya dia cakap,
'Will you marry me?'
Salunya aku just cakap,
"Yeayyy! Jom kawin! :D".
Hahaha. Memang gila aku nih. Tapi tu la. Aku ni manusia yang main cakap je. Cakap dalam tak tahu aku sendiri serious ke tidak. Aku juga tak tahu dia serious ke tak. Yelah, insecurity in girls. Aku betul-betul rasa takkan ada lelaki yang betul-betul suka aku, sampailah aku jumpa dia. :')
Aku susah sangat nak percaya kat dia. Masa tu pulak tengah kecewa. Kena reject. Sedih. Parah jugaklah. Sure dia pun pening dengan perangai aku. Lepas datang rumah baru percaya sikit-sikit. Tak 100% lagi sampai sekarang tau. 99% je. Agagaga :P
Nurmujahidah Sudah Dirisik Oleh Nik Nashram
Kami bakal bertunang tak lama lagi!! Bila? Tungguuuuu.. |
Muja dan Zu. Kami bukan chipsmore, kami gula-gula getah. Melekat selamanya. |
Mula-mula nak cakap ngan abah umi, cuak jugak tapi steady je sebab aku tahu abah aku suka anak dia kahwin awal. In fact, abah risau giler bila aku single lama lepas putus dengan my stupid ex boyfriend. Dia ingat aku terjejas sangat kot. Ataupun, tak de yang nak kat aku kot.
Abah mana tak risau bila dia rasa anak dia tak laku. Pfftt! Dia ingat anak dia ni sangat tak lawa ke hape???? Sabar jelaaaaa. -_-
NN dan famili dia datang dengan dua buah kereta. |
Bila dah cakap tu, abah tak tunjuk pun dia excited anak dia dah nak dirisik tapi sehari sebelum, pagi pagi lagi dah pergi beli barang sebab nak ajak NN sekeluarga makan tengah hari sesama kat rumah baru kami. Abah cakap, lepas anak dia kahwin, keluarga kami akan pindah duduk situ.
Aku pun tidur kat sana malam sebelum hari merisik tu. Sediakan rumah sikit sikit. Sental lantai, sapu sampah, ngonyoh longkang. Penat. Nasib baik ada Zulaikha, my best friend, a doctor-to-be.
Kisah aku ngan Nik ni agak bercabang juga walaupun boleh dikatakan smooth jugak. Aku sendiri tak tahu nak kategorikan macam mana. Aku sendiri tak ingat bila masanya bakal suami aku ni propose yang betul betul aku terima.
Maksud aku, yang betul betul aku cakap,
Ataupun,
Semua berlaku macam tu je. Kami tetiba selalu cakap pasal berkahwin. Kami suka cakap pasal kahwin. Kami tahu kami memang nak kahwin. Aku suka dia. Dia suka aku. Then puff! Sekarang dah siap beli barang hantaran tunang dah.
Apa namanya ye situasi sebegini? Hari tu, tetiba aku terjoin kursus kahwin. Sekarang, tetiba dirisik. Aku anggap je ini jodoh. Beliau sudah merisik dan majlis merisik hari tu berjalan macam yang kami rancang. Cepat. Lancar. Alhamdulillah. Terima kasih semuanya. :')
Satu kenyataan yang aku pun malu-malu je nak mengaku, aku sebenarnya tak tahu pun apa orang buat semasa hari merisik ni. Aku anak sulung, memang tak de pengalaman. Nasib baik Doktor Zulaikha tu ada pengalaman daripada majlis kakak dia. Dia bagitahu la serba sedikit.
Abah dan umi menunggu bakal menantu pertama. Kih3 |
Gembira tak usah cerita. Selalunya famili aku berkumpul untuk majlis orang lain. Hari merisik aku ni, semua berkumpul untuk aku. Dah macam hari kahwin. Ramai datang pagi pagi lagi untuk masak. Tak sesialah abah buat ruang khas untuk aktiviti rewang ni.
Memang buat kenduri is his hobby. Kih3
Bakal mertua salam dengan bakal menantu. :3 |
Kisah aku ngan Nik ni agak bercabang juga walaupun boleh dikatakan smooth jugak. Aku sendiri tak tahu nak kategorikan macam mana. Aku sendiri tak ingat bila masanya bakal suami aku ni propose yang betul betul aku terima.
Maksud aku, yang betul betul aku cakap,
'Ok, jom kahwin'.
*Dengan penuh keseriusan
Ataupun,
'Saya setuju kahwin dengan awak.'
*Sambil tersipu malu malu gajah.
Aku tahu betapa krik kriknya situasi masa ni. Hahahaha. |
Dah siap semuanya baca doa. Masa ni aku tak keluar lagi. |
Semua berlaku macam tu je. Kami tetiba selalu cakap pasal berkahwin. Kami suka cakap pasal kahwin. Kami tahu kami memang nak kahwin. Aku suka dia. Dia suka aku. Then puff! Sekarang dah siap beli barang hantaran tunang dah.
Apa namanya ye situasi sebegini? Hari tu, tetiba aku terjoin kursus kahwin. Sekarang, tetiba dirisik. Aku anggap je ini jodoh. Beliau sudah merisik dan majlis merisik hari tu berjalan macam yang kami rancang. Cepat. Lancar. Alhamdulillah. Terima kasih semuanya. :')
Eh, yang dirisik dah keluar la. Dia sebenarnya ngah seksa baju sempit. Hahahahaha |
Satu kenyataan yang aku pun malu-malu je nak mengaku, aku sebenarnya tak tahu pun apa orang buat semasa hari merisik ni. Aku anak sulung, memang tak de pengalaman. Nasib baik Doktor Zulaikha tu ada pengalaman daripada majlis kakak dia. Dia bagitahu la serba sedikit.
Untungla beliau. Ada kakak. Aku? Semua sendiri. Nasib baik dia ada. Alhamdulillah. :')
Bakal pengantin dengan kaum bapa |
Bakal pengantin dengan kaum ibu |
Apa Yang Berlaku Semasa Hari Merisik?
- Keluarga lelaki memberitahu hajat untuk merisik anak perempuan dalam keluarga.
- Berbincang persetujuan untuk berkahwin, tarikh bertunang, berkahwin dan sebagainya.
- Anak perempuan dipanggil keluar untuk bertemu muka dengan keluarga lelaki.
- Selesai.
Yang ni yang berlaku masa majlis aku hari tu la. Tak pasti lak yang bebetul ikut adat tu macam mana. Kes aku nih, lama gila aku tunggu dalam bilik. Tak ada yang panggil. Last last, aku suruh adik aku si Huda tu tanya Nik, aku kena keluar ke tak. Baru dia suruh keluar.
Penyabar itu bukan aku. Risau nak mendirikan rumah tangga tetiba. Wakakaka.
Sesi Bergambar Semasa Majlis Merisik
So, aku tak kisahlah orang nak cakap aku perempuan tak ayu pun. Bergambar tetap bergambar. Nah, tepek gambar banyak-banyak. Heeeee
Umar, Nashram, Amir. Adik beradik lelaki dengan bakal ahli keluarga lelaki yang baru. Hahahaa |
Dengan keluarga Nik Nashram. |
Dengan keluarga Nurmujahidah |
Doakan Kebahagiaan Kami Berdua Hingga Ke Jannah.
Nik Nashram dan Nurmujahidah. :) |
Perkahwinan bagaikan alam baru bagi pasangan yang baru berkahwin. Bukan hal main-main. Aku pernah nangis masa tengah makan bila perasaan risau membelenggu. Aku tahu beliau panik. Kah3. Sorry abang. I couldn't help it. Macam-macam berlegaran dalam kepala.
Boleh ke dia terima aku seadanya yang serba kurang?Boleh ke dia jaga aku dengan penuh sabar macam abah umi?Boleh ke dia sayang aku selamanya sampai Jannah?
Terus aku teringat pesanan adikku, Nursumayah. Semua rasa was-was, ragu-ragu, tidak yakin bagi mereka yang baru nak mendirikan masjid datang daripada Syaitan yang tahu betapa banyaknya nikmat dan rahmat bagi mereka yang bernikah. Then, aku usaha buang jauh-jauh semuanya. :)
Akhir sekali, aku sangat berharap yang semua orang akan sudi mendoakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah sebab aku sangat takut dengan godaan dunia hari ini. Aku tak mahu kehidupan masa hadapan kami berantakan. Insya Allah, masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.
Akhir sekali, aku sangat berharap yang semua orang akan sudi mendoakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah sebab aku sangat takut dengan godaan dunia hari ini. Aku tak mahu kehidupan masa hadapan kami berantakan. Insya Allah, masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.
Ps- fasa pertama, done. Moving to the next phase. Tak sabar nak jadi pengantin. Toodles. :D
Wassalaam.
wahhhh...seronok kak muja dh kena risik, hihi...moga kekal sampai jannah =)
ReplyDeletehahaa,, nebes gak tau,, siap kena sound dengan one of the women tangan sampai jadi sejuk,, haha
Deletesalam blogwalking!
ReplyDeletetahniah sebab dah buat tapak nak buat 'Masjid'
perlu diingat sebab selalu waktu macam ni selalu sangat ada dugaan yg mendatang. moga tabah menghadapinya. ada masalah perlu berbincang sesama. :)
insya Allah,, kami akan berusaha,, :D
DeleteSemoga kekal sampai ke syurga. Aminn. Tahniah kak muja. Da capai kata sepakat da tu. ^_~ betul k.muja. Saat nak akad nikah lg kuat gangguan syaitan. Moge segalanye dipermudahkan! ^^
ReplyDeletetu la,,, moga selamat la semuanya,, semoga kuat jugak,, :D
DeleteYakin pada diri ... insha Allah boleh .
ReplyDeleteamiiin. muja harap pun macam tu la jugak sis,, :')
DeleteSenyum2 saya baca entri ni. Semoga semuanya dipermudahkan :)
ReplyDeletebaguslah tu,, daripada masam je,, hehe
DeleteEntah mcm mana jari leh gatal singgah baca , mungkin ada terfikir nak kahwin juga kot . Lalala . Hahaha . Congrat ! :)
ReplyDeletetakkan lari gunung dikejar,, eh :P
Deletetahniah muja :)
ReplyDeletetq awak :D
Deletetahniah, tahniah. Jodoh datang tanpa disangka. ^_^, jangan lupa ajak bila nak kahwin nanti. insya allah.
ReplyDeleteOrang tunang bukan kena rahsiakan ke? Kawen baru habahkan
ReplyDeletewahh.. tahniahh.semoga dipermudah semuanya ye :)
ReplyDeletetq.. amiin. moga moga lah..
DeleteTahniah Muja :))
ReplyDeletetq zumal :-)
DeleteMuja...
ReplyDeleteSeyess.nis nak nangis baca kisah korang. Mmg jdoh korang cepat. Ya Allah rasa bahagia bila lihat kawan bahagia. Sangat bangga sbb nik syg muja sgt2.. jodoh muja, yg kisah cinta lepas biar la lepas. Fokus cinta sekarang. Insyaallah NN ada lah jdoh terbaik muja...
Opsss NN - Najdan Naseri sama lah kitaaaaaaa. Krikkk
HAHAHAHA.... ada lak gitu,, tu la kita sehati sejiwa la tu,, agagaaaa
Deletetahniah muja... semoga jodoh sampai ke hari perkahwinan n kekal ke syurga...
ReplyDeletetq so much.. aminn.. moga mustajablah segala doanya ye.. :-)
Deletetahniah muja... :)
ReplyDeletetahniah muja :)
ReplyDeleteTahniah Muja & NN. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin..
ReplyDeleteterima kasih cik laili.. doakan ye,, amiin
Deletecongrats awak. kak lela baca pon tumpang senyum sekali. lawak la awak ni. haha.
ReplyDeletecongrats awak! senyum sore kak lela baco entry awak ni muja. haha. semoga dipermudahkan semua urusan. :) ignore je anon yang pelik2 tu. jealous lettew takda orang merisik dia. lols
ReplyDeleteterima kasih kak lela,,, hehe,, bia jela dia,, share atau tak psal tunang tu pilihan kita,, :D
DeleteTahniahhhhh muja. Cepat2 tunang ^^
ReplyDeleteharapnya pun cept gak,, doakan ye,, :D
Deletewewiiit muja ! =D semoga segala perancangan ntuk ke fasa sterus nya bjalan lancar lepas ni.. amin ya rabbal amin ! =D
ReplyDeletewiiiwiiitt,, hahaha,, tu la,, harapnya berjalan lancar la semuanya,, amiiin
Deletetahniah Mujaa...semoga terus sukses..eh? hehehee..
ReplyDeletesemoga segera bernikah..jangan lambat2 lagi ... nanti saya jadi pakcik ..eh lagi ?
terima kasih din,, hahaha,, lambat lagi,, huhuu
Deletecongrate muja... akhirnye dah smpai masanye,,,heheh...
ReplyDeletebakal cikgu n bakal istri
terima kasih kak lee nam :D
DeleteTahniah adik muja.... satu lagi peringkat dlm fasa kehidupanmu. Moga bahagia hgga ke jannah
ReplyDeleteterima kasih,, neves ye nak naik satu peringkat lain ni,, huhu
DeleteTahniah muja, semoga ikatan cinta ini berkekalan hingga ke jannah :))
ReplyDeleteterima kasih kak hanim,, insya Allah,, akan diusahakan,, amiin :D
DeleteTahniah
ReplyDeleteTahniah adik muja.... satu lagi peringkat dlm fasa kehidupanmu. Moga bahagia hgga ke jannah
ReplyDeleteterim kasih,, amiiiin. :D
Deleteyeayy..dah nak kawen dah muja..Moga terus ke fasa seterusnya..
ReplyDeleteamiiiin. seriously takut,, selagi tak kawin,, haha
Deletetahniah muja.. semoga semuanya berjalan lancar.. aummmmmm.. kacak lah awak.. ayulah die.. ehh..ekekekke :)
ReplyDeletetq ain.. amboi.. sy tau sy mmg kacak pun.. haha
Deletetahniah muja syg :)
ReplyDeletetahniah kawan 1 umuq. nak tunang dah.jaga diri elok2. i'm happy for you ! :)
ReplyDeleteTahniah awakkk. Semoga fasa seterusnya berjalan dgn lancar ye. Fana pun tak tahu fana punya turn bila pulak. Haih! Hahahaha
ReplyDeleteTah ni ah! jeles. HAHAHAHA!
ReplyDeleteouh lupa, dtg saja singgah and this is my pestime drop komen sini. wiwiwiwiwiwi. :))
wah da kene risik! tahniah2.. ^^
ReplyDeleteTaniah akhirnya ko dgr nasihat aku dlu dlu ms mula ko mcm2 ngok ngek sikit. lps tu aku pn ngok ngek jgk. Well sbgai perempuan kita mg pndai mnasihati shbt kita. ttp ssh nk nasihat kan diri sndri. mudahan hbgn silaturahim kita pn sama pnjg mcm jodoh ko dgn nik. walaupun kita tk pernah jmp. tp aku yakin aku sntiasa di ingtn ko, waceh. contohnya walaupun aku tk dpt hadir ms mjlis merisik ni, tp ko pkai shawl dr aku *nik beli dr aku utk ko hahha. InsyAllah aku dtg ms majlis besar ko. wlaupun jarak penghalang skrg tp InsyAllah pasti Allah akan temukan kita suatu hari nnt.
ReplyDeletepernah bw blog cikgu nick tu x tau pulak korang ni bercinta ye.terkejut jap. mcm kes lana nordin dgn johan asaari dah ni tup2 merisik.pasni masuk melodilah haha. papepun moga bahagia hingga ke anak cucu ye weee :)
ReplyDeleteTahniah muja..
ReplyDeleteSama cantik sama padan...moga berkekalan hgg jinjang pelamin
Tahniah muja, Semoga berkekalan sehingga akad nikah nanti.
ReplyDeletetahniah kak muja....suka baca st0ry kak muja...kawen jangan lupa invite kwn bl0gger ya ! all the best..semoga dipermudahkan..
ReplyDeleteTahniah banyok cikgu We sekeluarga.. Hari tu g klinik, dr kato dh kak nk tune, hari nie buleh kelih gambar.. tahniah skali lg..
ReplyDeletetahnah muja..jangan dengar hasutan syaitan..harap semua berjalan dengan lancar
ReplyDeleteDah macam storyline novel kisah korang ni. Congrats Muja n Nick
ReplyDeletetahniah Muja...seronoknya tgok Muja dah di sunting....sama cantik sama padan...
ReplyDeleteMalu kan nak kena dirisik dan ditunang ni?hee.. Semua orang nak tengok rupa bakal menantu, mata tertumpu kat kte je..hehe.. Terus jadi tak tau cara nak senyum. Lega la cik muja dah lepas 1 fasa..hehe... Tahniah, hopefully its smooth till ur wedding day k. Kekal hingga ke Jannah.. (^^,)..
ReplyDeleteSalam perkenalan. http://hairacookies.blogspot.com
tahniah muja. tak lama dah tu nak makey nasik minyok. hihi.
ReplyDeleteJalan cerita tu indah..^__^
ReplyDeletewe start as strangers and we end up as lovers..
ReplyDeleteso, i wanna say..
thank u for loving all of me with all that u are..
thank u for making me feel special..
thank you for being there for me when I need you..
love u from the bottom of my heart :)
believe me. uve done more. love you more. miss you more.
Deleteps- dah kawin baru reply komen abang. hahaha
Tahniah dear Muja. Salam perkenalan..
ReplyDeleteKalau ikut cite muja ni, nampak mudah, smooth je kan..kakak juga begitu dulu..hihi
3 bulan kenal, merisik. 3 bulan slps bertunang, spttnya 6 bulan slps bertunang, nikah tapi kami tambah lagi 3 bulan untuk bernikah.
Dugaan? tak tunang pun banyak dugaan dik..jadi dalam apa situasi, apa hubungan pun kene sentiasa bersabar, bersabar dan bersabar.
Seronok baca, tahniah sekali lagi...hehe :)
terima kasih ye.. insya Allah.. semua cabaran dapat atasi.. amiin
Delete