Program Bina Insan Guru (BIG )PISMP TESL 2 Semester 4 Tahun 2014

Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP TESL 2 Semester 4 Tahun 2014 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Macam biasa, setiap semester kami budak PISMP ni kena anjurkan Program Bina Insan Guru bergantung pada tema yang diberikan. So, there we were. BIG had to go on.

Program Bina Insan Guru Yang Sangat Menyenangkan Hati


program bina insan guru, big, program pismp, kerjaya guru, ipgkkb

Berbanding dengan program Bulan Sabit Merah yang kitorang anjurkan semester lepas, BIG bagi semester ini memang jauh lebih baik terutamanya daripada segi kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah. Sangat bagus, sangat baik. Terasa yang kedatangan kami sangat dialu-alukan. Terima kasih.

Tugas aku kali ni memang senang sangat. Print sijil untuk peserta. Dah siap semua. Baru print separuh jalan, printer buat hal. Sangat Tahniah untuk diri ini. Oh ye. Ada lagi satu. Sepatutnya aku ketuai senamrobik. Alih alih, si Hakim cakap tak jadi. Sedih gilows. Dah kat atas stage kot. :'(

program bina insan guru, big, program pismp, ipgkkb, kerjaya guru

Nama program: Program Bina Insan Guru
Tema: Khidmat Masyarakat
Penganjur: PISMP TESL 2 Semester 4 2014
Tempat: Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kuala Krai
Tarikh: 27 Ogos 2014

Kerjasama Daripada Semua Pihak Memang Terbaik!


program bina insan guru, big, program ipg, ipgkkb, kerjaya guru

Penganjuran kali ni memang lain daripada yang sebelum ni walaupun pada mulanya menghadapi konflik untuk memilih tempat. Hingga kena split dengan satu lagi kelas yang awalnya nak buat program ni bersama-sama. Maybe bukan jodoh kita. Huhuu.

program bina insan guru, big, budak ipgkkb, program pismp, kerjaya guru

Kali ini, tiada lagi kegiatan membina banner semasa program macam masa BIG Semester 3 dulu. Alhamdulillah. We have learned our lesson and we did not repeat it. Nasib baik ada Azizi dengan krunya yang sudi mendesign banner cute comel cun untuk program kami kali ni. Terima kasih.

Kerjasama daripada pihak kokurikulum pun okay. Pensyarah pun nampak bersenang hati untuk BIG kali ni walaupun terpaksa memandu kereta jauh dari Ketereh hingga ke Kuala Krai. Aku harap semua dapat A lagi sekali untuk BIG kali ni. Amiin.

Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan


Pastinya pengalaman aku dengan ahli kumpulan aku. Ada sorang yang agak besar. Aku siap lecture untuk kasi semangat kasi kurus. Ada yang over excited. Memang aku suka. Semua aktiviti dia bersemangat. Sangat berlainan dengan fasilitator dia. Rasa semuanya lame dan lemau. Sobss T_T

Semangat!! Datanglah!!! :'(

program bina insan guru, big, pismp, kerjaya guru, ipgkkb

Ada sorang ni minat sangat ngan gadget. Siap bagi suggestion kat aku suruh beli hp Oppo. Katanya murah walaupun ori. Adess anak muridku. Ye, baby Samsung ku selalu keras membeku, merajuk denganku. Namun, gurumu ini tengah ikat perut nak kahwin. Nak beli hp untuk hantaran nanti je.

ipg, institut pendidikan guru, kerjaya guru, program bina insan guru, big

bina insan guru, program big, pismp semester 4, kerjaya guru

Perjalanan dari IPG ke lokasi BIG semester ni memang menguji kesabaran. Bagi Kuala Krai dah kematu montot nak tunggu sampai. Macam manalah kalau aku dapat peluang mengajar di Sabah Sarawak sana. Pedalaman pula. Fuuh. Tak tercapai akalku jadinya.

Ps- nampak tak yang kerja guru bukan hanya di kelas semata? tunang aku pun tak balik sempena merdeka sebab beliau cikgu tau. tacim bila kerjaya kami diungkit, dikata-kata. :'(

Wassalaam.

Comments

  1. Bestnya jadi cikgu. Ramai anak murid.

    Lagi gembira bila anak murid kita berjaya dalam hidup.

    Jadi seseorang yang berguna

    ReplyDelete
  2. teringat masa jadi penghulu BIG.

    Kenangan gila. Haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD