Bina Insan Guru Fasa 5- Lawatan 'Benchmarking' ke Sekolah Cemerlang

Sampai je terus amik gambar tapi aku tak de. Adil ke??? T_T
Bina Insan Guru Fasa 5- Lawatan 'Benchmarking' ke Sekolah Cemerlang | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Untuk pelajar dan bakal pelajar IPG, aku nak bagitahu ni, masa korang dok semester 5, korang akan kena buat lawatan benchmarking di sekolah cemerlang dan akan kena dengar ceramah daripada guru cemerlang.

Sebelum terlupa, tema baju kami hari tu pink ngan hitam. Sweet ke idok???

Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Sekolah Kluster Kecemerlangan

Jadi for this year, kami pelajar PISMP TESL 2 Semester 5 2015 memilih sebuah sekolah kluster iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud untuk program BIG Fasa 5 tahun ni. Kami memilih sekolah ni mestilah sebab SKTM sudah memang terkenal dengan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum setiap tahun. Asyik-asyik nombor 1 paling cemerlang dalam negeri Terengganu tau.

Tak pe. Gambar sorang-sorang macam ni pun bermakna. Kih3
Agak gigih juga kelas kami ni bila sanggup datang ke sekolah cemerlang yang sebuah ni yang terletak kat Besut dari Kelantan. Dalam 2 jam jugak kitorang naik bas. Padahal ada je sekolah kluster di Kelantan. Tak pelah, yang dekat-dekat tu kita bagi kat kelas lain je. Kitorang boleh jenjalan kejap. Kalaulah sempat singgah Taman Tamadun Islam. Opkos la tak sempat. T_T

Cikgu SKTM dengan Lecturer IPGKKB. Serious nampak.

Kalau aku, jenuh fikir macam mana nak habiskan 700k setahun dengan segala peraturan. Huhuu.
Sampai je kat SKTM, kami dibawa ke sebuah bilik yang aku tak ingat dah nama dia. Dalam bilik tu, SKTM pamerkan piala-piala dan replika cek ratus riban yang dorang pernah dapat sepanjang tempoh diberi pengiktirafan sebagai sebuah sekolah kluster. Aku kagum giler kau. Teringat pulak kat sekolah kluster aku dulu, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra. :')
Bukan aku je yang kagum. Ada juga yang sampai ternganga. :O

Hebat sungguuuuuuhhhhh.

Taklimat Mengenai Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud


Dulunya, SKTM adalah sebuah sekolah inggeris yang kemudiannya ditukarkan kepada nama yang sekarang ni. Pencapaian SKTM memang sangat membanggakan. Ada students kat sini dah merasa jejak kaki ke luar negara. Kunci utamanya, grab segala peluang yang ada selagi boleh terutamanya peluang yang jarang orang pandang tapi hadiah besar besaran.

Dah baca lom Bina Insan Guru Semester 3 di Hospital Universiti Sains Malaysia?

penerangan menggunakan persembahan PowerPoint.

Jelez giler aku dengar cerita tentang pertandingan kitar semula yang dorang pernah join. Dorang tahu pertandingan ni memang sikit je yang join. Dorang kumpul barang yang boleh dikitar semula daripada murid-murid, parents turut kerjasama, tup tup boleh menginap kat Palace of Golden Horses, KL! Tidur di hotel  taraf David Beckham dan Aishwarya Rai jasa kutip sampah je weh! Dahsyat! :D
Penerangan oleh Guru Cemerlang Sains. Wanita besi nih.

Antara isi penting taklimat, kerjasama semua guru teramat penting dalam mencapai kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi di sekolah. Semua guru mestilah saling sokong so that tugasan boleh disiapkan dengan jayanya. Kreativiti daripada setiap guru tu yang penting untuk buatkan semua seronok menjalankan tugas masing-masing. Tolong menolong is very crucial.

Antara guru paling lama di SKTM. PK HEM nih. Jangan memain.


Seperkara lagi, cikgu sama sekali tak boleh pilih kasih. Cikgu kena yakin yang setiap murid mempunyai kelebihan masing-masing. Ada yang berbakat dalam akademik, tapi tak semestinya mereka lebih baik daripada yang berbakat dalam kokurikulum. Setiap peluang yang ada dibuka untuk semua murid untuk berlaku adil. Selepas itu, terpulang kepada murid untuk menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya atau membazirkannya. :D

Macam ada something je dorang ni. Eh! Itu aku! Lol!
Honestly, aku memang kagum dengan persembahan PowerPoint yang disediakan. Content dia tu yang boleh buat kita ternganga. Dengan keputusan UPSR yang hampir setiap tahun terbaik di Terengganu, peruntukan ratusan ribu ringgit daripada kerajaan, kejayaan demi kejayaan dalam pertandingan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat antarabangsa. Siyes. Tak malu cikgu kat SKTM nak mengaku bekerja kat situ. *clap3 :D

Bagi hadiah kenang kenangan.

Terimalah hadiah tak seberapa ni. :D

Aktiviti Dengan Murid 5 Seroja 1


Untuk mencipta situasi win-win, kami mengadakan satu aktiviti ringkas dengan murid dari kelas 5 Seroja 1. Dorang kena lukis-lukis sikit then present. Dengar macam sedang tapi for pupils at their age, agak mengerikan untuk bercakap depan orang ramai and yet they did it well! Far better from my expectations. They got instructions very easily then tak keberatan untuk participate. Tq my pupils! Muahhhxxx!!! :D

Memang lain macam fokus derang nih.

Presenting is never an easy job but they did it well! Congratulations!! :D

Cikgu bersemangat, sebab tu murid semangat.

Guru kena semangat jugak amik gambar.

Kagum tengok bebudak genius present.

Dengan harapan nak serap keohseman cikgu cemerlang yang hebat nih. Kih3

Doaku, aku dapat murid semanismu. :D

Persekitaran Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud


Padang tempat perhimpunan.

Suasana dalam kelas pada hari Rabu, hari uniform. -_-

Aku syak ada yang lepak tidur kat sini time rehat. Leisure room la katakan. :D

Projek hidroponik peringkat sekolah. Sekolah kau ada? :P

Tengah-tengah sekolah ada kolam. Atas kolam ada rumah. Rumah kah? Kih3

Memang, memang suka sangat kan Mirah bila datang sini? Hahaha
Then, kitorang balik. Terima kasih semua yang terlibat dan dah berpenat. Jangan lupa baca Bina Insan Guru Fasa 1. Wassalaam.

Comments

  1. sekolah lama ieyzartd ni..
    sekolah ni juga buat SBE fasa 2 dulu..
    sekolah ni juga belakang rumah je, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa,, ye ke,, memang students kat situ best r ada cikgu kat sana,, semangat benar :D

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD