Tip Memilih Selipar Wanita- Jangan Salah Pilih!

tip memilih selipar wanita, selipar wanita, flip flop, cara memilih selipar
Great shoes is all i want!

Tip Memilih Selipar Wanita- Jangan Salah Pilih! | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selain fail bab memasak dan menangani emosi dan tunang aku, aku jugak fail bab fesyen especially selipar. Hello, kalau dah nampak cantik kenapa tak boleh pick and pay je terus kan? -_-

Jawapannya
TAK BOLEH!!!

Sebab apa?

Kemungkinan Bila Salah Pilih Selipar

 

tip memilih selipar wanita, selipar wanita, cara memilih selipar, flip flop, selipar wanita cantik
Warna-warni untuk ceriakan kaki kita.
  1. Rupa- nampak murah, tak classy, buruklah senang cerita
  2. Kualiti- rendah, mudah rosak, warna terkopek
  3. Saiz- terkurang, terlebih, besar sebelah, tak selesa
  4. Material- keras, tak selesa, sakit kaki
  5. Cara jalan- nampak kekok, postur tak betul, tiada keyakinan
Banyakkan? Aku tahu ada lagi masalah yang timbul kalau salah pilih selipar atau kasut. Korang pepandailah tambah kat komen ye? Aku pernah terserempak dengan beberapa perumpamaan berkaitan dengan kasut








"Kasut melengkap gaya fesyen, Kaki melengkapkan gaya b*gel'" Errkkk.
"Kasut yang betul mampu membawa wanita lebih jauh"


Penting weh kasut yang betul bagi wanita. Kalau kita dah pakai cantik macam Marian Rivera pun, kalau part kaki nampak tak kena, terus fail. Jadi, kita memang tak boleh salah pilih selipar atau kasut. Tak leh considerate bab kasut. Jangan tolak ansurlah kalau boleh bab kasut. Eh, teringat lak kasut kawin aku tak jumpa lagi. Susah nak jumpa macam nak dapat kasut ini dulu. T_T

Kalau cakap bab kerjaya, alas kaki yang betul teramatlah penting. Nampak macam tak penting je sebab duduk kat kaki, tapi believe me, kita mungkin gagal temuduga sebab kasut semata. Nak cenggitu? Aku sendiri sebagai cikgu, wajib pakai kasut bertumit dan bertutup ke sekolah kata Guru Besar. Kenapa? Sebab kasut yang sesuai tu pentingla.

Cuba bayangkan kalau keluar rumah tak pakai selipar atau kasut. Konfem mata-mata kat luar pandang kita semacam je, tajam je, sinis je. Kita tak boleh salahkan dorang juga. Dah kita yang buat orang keliling hairan sebab tak pakai kasut. "Masuk cacing dalam kaki baru tahu,"kata Umi aku. -_-


perhiasan rumah daripada selipar, tip memilih selipar wanita, cara memilih selipar yang betul, cara memilih selipar wanita yang sesuai
Tetamu mesti tak sabar nak masuk rumah yang ada perhiasan cenggini kat pintu.



Kat luar sana, berlambak pilihan kasut dengan rekaan menarik dan stail untuk kita pilih. Tapi, ramai wanita sekarang lebih memilih selipar biasa sebab selesa, mudah dipakai, dan ringkas. Sapa nak keluar jenjalan tepi pantai pakai heel 6 inci dengan labuci lip lap lip lap kan? So, selipar memang pilihan terbaik kalau nak pergi Pulau Perhentian atau pantai-pantai seangkatan dengannya.
Honestly, selipar or flip flop ni memang untuk aku. Memang untuk orang pemalas macam aku, yang nak main sarung je tapi tak nak nampak macam wayyyy out to date. Kalau nak keluar dengan my girl friends, aku sarung selipar je. Kalau keluar ngan bakal laki aku ni tak boleh. Sebab nak nampak effort lebih sikit bila keluar ngan dia. Baru dia rasa dihargai lebih. Hehehe.
tip memilih selipar wanita, cara memilih selipar yang betul, selipar wanita cantik, flip flop
Selipar tambah ribbon. Perfect.

But!!!

Mentang-mentanglah pakai selipar nampak macam mudah, jangan sesekali buat-buat mudah dalam memilih selipar, terutamanya selipar wanita . Wahai pembaca sekalian, believe me, choosing a pair of slippers is not alway easy. :)

Tip Memilih Selipar Wanita Untuk Pembaca Mujadafewa Dot My

 

  • Pilih flip flop for women yang berkualiti tinggi, diperbuat daripada material yang lembut untuk mengelakkan iritasi ataupun melepuh. Macam yang salu jadi kat aku yang salu salah pilih ni laaaa. :(
  • Bengkokkan untuk memastikan ia mampu membengkok di bahagian bawah tapak kaki berdekatan dengan jari. Bukan tempat lain. Ingat! Selipar yang baik tidak boleh dilipat.
  • Pakai kasut dan pastikan jari tidak terjojol keluar. Kalau terkeluar jugak, pilih saiz lain. Kalau tak jalan jugak. Next kasut, please. Elak juga yang over ketat. Tak masal dapat cagu nanti.
  • Tengok elok-elok selipar tu. Nampak kukuh ke tak. Pastikan boleh tahan lama. Selipar yang kukuh penting untuk mengelakkan tapak kaki nampak kasar seperti kaki atlet. Senang cerita, kita tak nak kaki nampak macam ada ketuat. Hahaha.
  • Jangan pakai selipar yang sama lama sangat. Kalau rasa macam dah terkopek sana sini, tapak kaki macam ada jarum menyucuk sebab banyak duri kat bahagian tapak, buang sahaja. Tak susah pun nak beli baru kan? Korang kan kaya. Huhuu



DIY Selipar Korang Yang Membosankan Itu!


Imagine korang jalan kat mall, tetiba nampak selipar yang memang confirm selesa kalau buat jenjalan. Tapi, selipar tu macam lack of attraction. Putih je. Korang nak beli, tapi korang nak selipar tu jadi lagi menarik. Jangan risau. Selipar tu boleh bertukar menjadi gempak kalau korang jenis kreatif dan rajin lebih sikit daripada aku.

diy selipar flip flop, tip memilih selipar wanita, cara memilih selipar yang sesuai, selipar wanita cantik
Antara contoh diy selipar pale white jadi hot chick. Heee

Bukan tu je, untuk fanatik selipar or flip flop comel cute,  Macam ni, kalau korang rasa selipar tu cantik tapi korang tak nak pakai, korang boleh diy untuk buat perhiasan rumah pastu gantung kat pintu ke tingkap ke. Confirm rare. Rumah korang je akan ada sejenis perhiasan daripada selipar warna warni. Buat raya pun ok tau. Kih3

Banyak laman web sekarang dok ajar cara untuk buat selipar tu jadi daripada Hermionie yang lame untuk jadi Angelina Jolie yang gorgeous. Cool seyyyhh.

selipar wanita, tip memilih selipar wanita, selipar wanita cantik, perhiasan rumah daripada selipar
Aku tahu hati korang berbunga je tengok hiasan pintu ni kan?

diy perhiasan rumah daripada selipar, selipar wanita, tip memilih selipar wanita
Bentuk tembikai pun boleh buat dengan selipar ye.

Konklusinya di sini,
pilih alas kaki dengan betul.
jadi kreatif.

Wassalaam.

Ps- ada cadangan tak kasut cemana sesuai jadi kasut kawin? 

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD