Makanan Sedap Pulau Pinang- Nasi Kandar dan Pasembur

Makanan Sedap Pulau Pinang- Nasi Kandar dan Pasembur | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aktiviti wajib kalau pergi jalan-jalan luar negeri (luar negeri Kelantan i mean), mesti cara makanan yang jadi trademark negeri tu. So, bila jejak kaki Pulau Pinang, memang tak sah kalau tak cari Nasi Kandar dengan Pasembur.

Lepas kena penangan dia, memang rasa tak nak balik! Hahaha

Nasi Kandar Pokok Ketapang


Hari terakhir kitorang di Pulau Pinang, sebelum pergi ke Queensbay Mall, kitorang singgah Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang for brunch. Jamak terus jadual makan kitorang sebab masa tu pun dah macam pagi yang dah dekat-dekat tengah hari. Hajatnya nak cari restoran apa tah yang femes amos tu, tapi malas lak nak jalan jauh. Otw jumpa restoran ni, so berhenti kat sini jelah.

Makanan Sedap Pulau Pinang, Nasi Kandar, Pasembur
Jelitawan TESL 2. Owner restoran deserves to be proud. Be proud. #flipshawl
Makanan Sedap Pulau Pinang, Nasi Kandar, Pasembur
Nasi kandar ain dengan mirah. Aku punya cepat sangat masuk dalam perut. ^^

Pasembur Padang Kota


Lepas kitorang pergi Penang Time Tunnel pulak, kitorang perlu jalan kaki je untuk ke Padang Kota. Kat sana, kita boleh makan tepi laut. Best. Kitorang pekena pasembur sampai menambah-nambah! Pasembur ni macam rojak, tapi kuah dia memang win tak terkalah! Memang kalau pergi Pulau Pinang kena try pasembur. Perghhhh! Terangkat! Rasa tak puas makan pun ada. Bagi aku la. Ekeke.


Makanan Sedap Pulau Pinang, Nasi Kandar, Pasembur
Khusyuk sungguh Mirah dengan Arieff.
Makanan Sedap Pulau Pinang, Nasi Kandar, Pasembur
Tak terliur tu tak normal ye. :P

Ada satu lagi tempat makan best yang kitorang pergi kat Kedah. Tempat yang masuk paper sebab bagi bubur free kat customer dia. Best jugak tapi aku tak amik gambar pulak kat sana. Tak de rezeki dia kot nak masuk blog aku. Mungkin sebab dorang dah femes. Blog aku ni apalah sangat. Tak perlu mana. Hehehe

Tu jelah karutan aku hari ni. Daaa


Comments

  1. wuihhh macam sedap jeer...terliur plak nampak pic tu..hiihihi

    ReplyDelete
  2. wah Muja, terpesona sungguh tengok nasi kandaq tu :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya... dah lama tak makan nasi kandar..


    psss.. jelitawan tesl tak menahan.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Hai dear...reply bw.. ;) sedapye nasi kandarrr..xpnh lg smpi penang..sedih...huhu

    ReplyDelete
  5. CN sempat try nasi kandar line clear. nsb baik waktu CN beli tu, tak ramai org beratur.. btl2 line clear la.. hehe.. ada 1 lg, nasi kandar beratur. seriously sgt pjggggg org beratur nak mkn nasi kandar dkt situ. nasi kandar beratur ni sebelah masjid kapitan keling je. senang nak cari :)

    ReplyDelete
  6. pergi sana tak amkan nasi kandar memang tak sah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus