10 Sebab Mengapa Berat Badan Tidak Turun

10 Sebab Mengapa Berat Badan Tidak Turun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Selain daripada bayaran cukai, bayaran tol, bir air dan bil api, berat badan adalah perkara yang kita sentiasa harap akan turun. Tapi tulah, tak semua impian akan menjadi kenyataan. Kih3

Berat badan memang benda yang tersangat sensitif, terutamanya bagi perempuan. Kalau golongan adam semua jenis yang nak menjaga hati pasangan, elakkanlah bertanya tentang berat badan sebab kitorang memang alah kalau tanya bab penampilan. Kalau korang tengah bosan dan rasa nak pengalaman berperang, silakan. :)

Aku sendiri tak tahu apa masalahnya dengan perempuan yang sentiasa rasa diri sendiri tak cantik. Mereka nak secantik siapa? Orang yang mereka tak kenal pun, yang mereka terjumpa di Facebook dengan Instagram. Sepuluh kali korang cakap dia cantik, mungkin sekali dia percaya. Sekali korang cakap dia gemuk, dia akan ingat sampai bila-bila.

Kenapa Berat Badan Kita Susah Nak Turun?


sebab berat badan tidak turun, cara kurangkan berat badan, perlu elak untuk kurus
Kurus dengan tak berapa kurus juga bergantung pada pemakaian sebenarnya. 

Apakah impian yang paling ingin dicapai oleh seorang perempuan? Ya, ingin makan dengan banyak tapi badan sentiasa kurus. Jarang orang boleh capat impian yang satu ni. Tension juga sebenarnya. Makan dah jaga, bersenam pun sudah. Tapi kenapa berat badan tidak turun? Inilah jawapannya.

10 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun


  1. Selalu meminum air bergula tinggi seperti air bergas dalam tin- Satu tin tu, bersudu-sudu gula dia taruk. Tak kena gaya, diabetes di usia muda.
  2. Selalu tidak bermotivasi untuk mengamalkan gaya hidup aktif- Terutama sekali mereka yang bekerja dengan duduk saja di atas kerusi dan selalu memberi alasan untuk tidak bersenam.
  3. Tidur tidak cukup- Macam mana nak kurus kalau kadar metabolisme yang proses lemak kepada tenaga rendah? Macam mana nak kadar tinggi kalau tidur tak cukup?
  4. Makan makanan dengan terlalu cepat- Bila cepat, makanan lambat hadam dalam perut dan kita akan lebih berisiko untuk makan dengan lebih banyak sebab lambat berasa kenyang.
  5. Kurang meminum air masak atau air putih- Air yang mencukupi membolehkan semua proses dalam badan berjalan lancar, termasuklah penghadaman.
  6. Makan berlebihan apabila tertekan- Jangan! Kalau stress putus cinta atau keputusan periksa teruk, pergi window shopping. Lagi banyak berjalan, lagi banyak kalori terbakar. See?
  7. Pengambilan karbohidrat berlebihan- Antara makanan dengan karbohidrat tinggi adalah nasi dan roti. Pengambilannya tidak salah tetapi harus dalam jumlah yang betul.
  8. Makan dengan saiz yang besar- Lagi banyak makan, lagi banyak pengambilan lemak. Bila dah masuk, susah nak buang woo!
  9. Tabiat makan terlalu lewat makan- Bila makan lewat malam, lepas tu tidur, lemak akan tersimpan. Sebab kita tidak bergerak aktif dah semasa tidur.
  10. Bersenam dengan cara yang kurang betul- Secara keterlaluan atau dengan cara yang kurang efektif
Dalam 10 sebab berat badan tidak turun di atas, ia sebenarnya menceritakan perkara yang sama. Iaitu, pengambilan kalori dan pembakaran kalori. Gula berkalori tinggi. Karbohidrat pula adalah bahan yang akan diproses di dalam badan untuk menjadi guna.

Apabila makan terlalu banyak, pengambilan gula atau karbohidrat akan meningkat. Makan lewat malam menyebabkan sumber tenaga iaitu gula disimpan dan tidak digunakan. Itu yang berat badan tidak turun. Semuanya berpusing tentang gula, kalori, tenaga. Benda sama sahaja.

Aku pernah tulis entri tentang Diet Atkin Plan Diet Terbaik dan juga Cara Mengurangkan Berat Badan dengan memanipulasikan hormon Leptin. Semoga kita dapat mengelakkan daripada melakukan 10 perkara di atas supaya usaha kita untuk mengurangkan berat badan berhasil ya.

Selamat Berjaya Mengurangkan Berat Badan dan Menjadi Kurus! :D


Wassalaam.

Comments

  1. jangan makan benda yang bergoreng banyak sangat.

    kawal pemakanan dan rajin bersenam. Itu aje dah cukup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus