Lirik Lagu Beautiful by Aziz Harun- Tujukan Pada Wanitamu

Lirik Lagu Beautiful by Aziz Harun- Tujukan Pada Wanitamu | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Lama dah tak tulis lirik lagu. Dengar radio dalam kereta husband aku asyik dok main lagu ni je. Siap dia save dalam pendrive khas untuk kereta dia. Tertungu-tunggu juga, bilalah husband aku nak tujukan lagu ni untuk aku. Nak juga kena puji sekali sekali. Dalam mimpi pun tidak sekali kot. So, bila dah dengar selalu, terus jadi peminat Aziz Harun. Tengok umur. Ceh, baru 17 tahun dah kaya raya. Aku bilanya? -_-

aziz harun, lirik lagu beautiful by aziz harun, beautiful, beautiful aziz harun

Lirik Lagu Beautiful by Aziz Harun Sangat Sesuai Untuk Memikat Hati Wanita




Tutur dan caramu sesuatu
Mampu membuat semua terpaku
Namun cara kau tunduk membisu
Buat ku tahu yang kau tak tahu

Jelita
Kau sempurna

Girl you are so beautiful
Ku mahu kau tahu
Kenapa mahu malu
Kau memang cantik begitu

Girl you are so beautiful
Harusnya kau tahu
Tapi kau memang tak pernah
Percaya bila ku kata

Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Kau harus percaya kau beautiful
Kau cantik tak terkata
Itu hakikatnya
Believe me when I say you’re beautiful

Tak perlu jadi Dewi Remaja
Dirimu sudah luar biasa
Namun bukan hanya luaranmu
Sungguh kau tahu nilai dirimu

Jelita
Kau sempurna

----

Alangkah indahnya dunia ini kalau semua lelaki melihat wanitanya cantik jelita dan sempurna macam dalam lagu Beautiful ni. Sempurna dengan pakej yang ada, dengan apa adanya. Tak delah wanita sekarang habis ribu riban saban bulan just to feel beautiful in her man's eyes. Ada ke patut duduk compare Nora Danish dengan bini. Sah sah kerja dia memang untuk jadi cantik Sedang diri sendiri bukannya Ned Nazri. Aku heran dengan manusia yang tak ukur baju di badan sendiri. Nasib baik laki aku jenis, kalau dia ada, dia bagi. Tak berkira untuk aku beli pape untuk cantik di mata dia. :)

Cuba ambil pengajaran daripada lagu Beautiful ni. Jadilah lelaki yang bersyukur sebab ada wanita yang terima diri tu seadanya sedangkan wanita itu sebenarnya mampu menerima yang lebih baik. Kena sujud syukur sebab ada wanita yang sanggup berada di bawah jagaan kamu walaupun lepas ni dia tahu dia akan kena terima apa sahaja yang kamu berikan, memberi apa sahaja yang aku mahukan dan mengiyakan apa saja yang kamu katakan. Nak keluar rumah pun kena minta izin kamu sedangkan dia pernah jadi wanita merdeka. Kamu rasa, Nora Danish mampu berkorban sebegitu?

Bukan tidak boleh minta wanitamu untuk kurus sikit, putih sikit, rajin sikit. Ruang untuk pembaikan diri sentiasa terbuka luas. Cuma, jangan berlebihan sampai wanita berasa macam cacat, kurang, tak cantik di mata suami sendiri. Itu yang bahaya. Sanggup pula bandingkan dengan mereka yang memang tampak cantik bergaya tanpa cacat cela. Insecurity perempuan memang tinggi. Kalau korang cakap dia cantik dia tak percaya, bila korang terang-terang cakap dia tak cantik. Dia kena cantik untuk korang. Korang kenalah support. Bagilah belanja lebih sikit. Baru betul.

Tetiba, rasa hangin pula dekat ending. Tak nak hangin berterusan, i have to pen off here. Wassalaam.

Comments

  1. lirik n lagu yg indah sbb tu cikgu nik minat sgt tu...bagi seorang suami isterinya adalah yg tercantik di dunia...

    ReplyDelete
  2. Lagu ni comel sangat. Melting bila dengar haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD