Payment Pertama H12 Media RM432.14 Dah Masuk Akaun

Payment Pertama H12 Media RM432.14 Dah Masuk Akaun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Dari dulu lagi, aku sibuk duduk ajak blogger sekalian alam untuk join syarikat pengiklanan yang bagi duit paling banyak ini, tapi masih ramai yang liat. Masih ramai yang ragu-ragu untuk jana pendapatan dengan H12 Media. Banyak kelebihannnya tahu. Hari tu memanglah ada masalah Inappropriate Content kejap. Tapi, aku dah tulis entri penyelesaian masalah Inappriate Content H12 Media hari tu kan?

Payment Daripada H12 Media Buat Bayar Bil Celcom


Memula failed sebab tak buat setting luar negara dengan Maybank. Korang jangan lupu setting sebelum cashout k.

Bila dah masuk Paypal, akan dapat email macam ni.

Bila dah masuk akaun. Paparan skrin laptop yang membahagiakan.

Alhamdulillah. Payment pertama daripada H12 Media sudah masuk dalam akaun Maybank2u aku yang sudah sampai withdrawal limit hari tu. Haha. Tahu je dah masuk, terus bayar bil Celcom. Bil inilah modal aku berblogging. Sebab tulah aku tak menulis blog untuk produk korang secara percuma. Manjang nak harga RM10 per entri. Nak bayar bil macam mana? Tak masuk bil letrik dengan kopi o ais sepanjang menulis. Idea menulis tak datang sendiri tau.

Dapatkan Bayaran dalam USD Dengan H12 Media


Yang bestnya H12 Media ni, dia bayar publisher dengan USD. Sesuai sangatlah kalau cashout sekarang sementara ringgit tengah rendah. Kengkadang naik kengkadang jatuh. Hari-hari berubah. Yang pasti, ringgi akan sentiasa lebih rendah daripada USD. Tak tahu bilalah nak mengatasi USD. Memang takkan rugi. Korang rasa akan terjadi ke Ringgit mengatasi USD? Macam mimpi di alam fantasi gitu. Tapi ia mungkin. Manalah tahu. Hehehe

Masa aku cashout hari tu lain. Sekarang lagi best. $25 dah boleh cashout.

Di H12 Media, kena ada minimum balance dalam akaun sebelum cashout. Pelbagai method dengan minimum balance disediakan. Mohon pilih method yang free walaupun lambat sikit. Tak rugi. Aku pernah nak guna wire transfer sebab terus masuk dalam akaun. Tapi, sebab tak sabar nak tunggu cukup minimum balance, aku sign up Paypal. Sekarang, method dengan minimum balance dah berubah. Kalau ada rezeki lagi, nak guna method yang nombor 2 tu. Paypal Net-30 Payment. $25 pun dah boleh cashout tanpa sebarang bayaran. Tapi, lambat sikitlah nak dapat.

1 USD kepada MYR pada 21 Disember 2015

Nilai payment kalau cashout hari ni.

H12 Media Tawarkan Pelbagai Payment Method

Aku cashout dah lama. Jadi Ringgit yang masuk dalam Paypal pada hari tulah yang aku dapat. Menyesal juga tak cashout lambat sikit. Kalau cashout hari ni, dapat lebih RM36.34. Tapi, bersyukur je Muja. Allah dah bagi rezeki kau banyak tu. Kau kehel macam mana pun, banyak tulah kau dapat. Kebanyakannya dapat apabila referral aku cashout. Referral aku pula cashout banyak. Lagi tinggi peratus komisen yang aku dapat. Tak percaya? Yes! Referral kita cashout, kita pun dapat earning jugak. Hahahahaha

Tak ke bahagia macam tu??? Syarikat lain ada? Korang yang nak join H12 Media, 
klik - Daftar di H12 MEDIA (Tiada paksaan. Hanya untuk blogger yang nak duit lebih.)
Untuk korang, aku dah bagitahu macam mana nak maximise earning iklan mengikut kedudukan iklan terbaik di blog.  Wassalaam. :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika