Wishlist Wajib Capai Mujadafewa untuk Tahun 2016

Wishlist Wajib Capai Mujadafewa Untuk Tahun 2016 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Azam tahun baru aku tahun ini mencakupi kehidupan aku sebagai seorang isteri, pelajar, anak dan semua fungsi lain dalam hidup aku. Aku sangat berharap untuk mencapai semua ni sebab this is the first year yang aku rasa, aku MESTI capai semua ni! Sebelum ini, tulis sekadar nak update entri je. Kih3

Wishlist Wajib Capai 2016

Aku mohon sangat, korang yang baca entri untuk doakan kejayaan aku dan misi merealisasikan semua harapan dan impian dalam wishlist 2016 ini.

Wishlist 1- Survive kehidupan sebagai pelajar IPGKKB dengan cemerlang


Tahun 2016 akan jadi tahun terakhir aku sebagai pelajar IPGKKB. Kalau ada rezeki, aku akan konvo tahun 2017, pastu jadi cikgu tahun 2018. Eh, setahun menganggur? Aku rasa aku nak cuti lama. Aku nak try kerja jadi cashier ke, kerani ke, impian aku masa aku lepas SPM dulu. Tapi, kalau dapat cuti 3 bulan macam Nik dulu pun, aku akan terima dengan reda. Allah yang bagi rezeki.

Wishlist 2- Cermin mata baru


Dah bertahun aku pakai cermin mata sama. Aku memang jenis selagi boleh guna, aku guna. Dah bengkok pun, aku guna. Kalau ada duit lebih, aku gi tukar bingkai. Murah sikit daripada buat cermin mata baru. Aku memang selagi tak pecah, aku guna. Tapi, tahun 2016 akan jadi tahun di mana aku kena ada cermin mata baru. Style macam mana tak tahu lagi. Yang penting husband aku tak benci.

Wishlist 3- Sebiji handphone canggih manggih untuk blogging


Handphone Redmi aku rosak sebab masuk air. Tak jumpa kamera bagus sesuai dengan bajet. Lastly, aku beli Lenovo. Aku tak puas hati sangat. Kena ada lain. Tak kisahlah kalau bukan iPhone 6S pun. Yang penting, kamera belakang depan bagus, gambar clear. Kalau yang lain-lain kriteria pun bagus, alhamdulillah. Mungkin Nik akan mula suka ambil gambar kalau gambar dah cantik? Hehehe

Wishlist 4- Mula saving RM200 setiap bulan untuk rawat resdung dan lasik mata


Mulai tahun 2016, aku akan start saving RM200 untuk rawat penyakit resdung yang mula menampak kan diri tahun ini. Seriously tak selesa bila asyik bersin dan salur pernafasan sempit. Aku nak makan VCO dulu. Kalau tak ok, bedah. Lasik mata lepas tu. Nik suka aku tak pakai spek mata. Aku pun suka. Selalu sedih bila dah mekap cantik-cantik, terus cacat bila pakai spek. Mencik!

Wishlist 5- Sentiasa berusaha jadi hamba, isteri, anak, dan pelajar yang baik

Banyak sangat kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri dalam menjalani 4 fungsi aku dalam kehidupan. Aku selalu mengecewakan Allah, suami, umi abah dan cikgu/pensyarah. Jadi, untuk tahun 2016, I will be better. I promise. Aku nak jadi baik, rajin, mendengar kata, pemaaf, mesra, dan disenangi. Pendek kata, akan aku usahakan jadi Muslimah dengan penuh sifat Mahmudah!

Insya Allah, akan tercapai semuanya sebab semuanya macam possible je kan. Tak de la aku berhajat Nik bawak melancong ke Korea 5 kali setahun. Atau menjadi Perdana Menteri Malaysia wanita pertama. Aku juga tidak listkan di sini misi kurus 2016. Yang ni aku semat kuat dalam hati je.Tak sanggup aku nak hadap diri sendiri kalau tahun 2017 nanti, aku masih si debab ini. :P

K la. Semoga impian kita tercapai secara berjemaah sebelum tahun 2016 tamat ye. Korang pula, wishlist korang mana? Nak tahu jugak. Wassalaam. :)

Comments

  1. Assalam..wah, selamat menjadi cikgu! ^^

    Btw, sy pun ada resdung. Alhamdulillah reda lah sikit lepas makan kapsul Super Resdong yg botol hijau :)

    Saya tag akak! http://diarybudaktinggi.blogspot.my/2015/12/year-end-new-year-giveaway-by-aynal-m.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. semoga axam awak pun tercapai. amiin :)

      Delete
  2. amiin ya rabbal alamiin..
    moga Allah permudahkan urusan awak untuk capai wishlists awak, kakakku sayang..

    Miss you!

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru.
    Moga semua wishlist tercapai. :)

    Wishlist saya nak stret A SPM. doakan yer.

    ReplyDelete
  4. InshaAllah.. Semoga tahun baru ni akan jadi yang lebih baik untuk kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya =)

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. numpang promo untuk rental dan travel di kota malang :) kunjungi web kami

    ReplyDelete
  7. banyak smartpon murah bawah 1k sekarang. majoriti banyak bagus-bagus.

    gaji nanti, angkat la satu ke dua. hehe..

    ReplyDelete
  8. Good luck dan selamat mencapai semua wishlist tu :)

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD