Produk De'wajah Terbaik Untuk Hilangkan Jeragat

Produk De'wajah Terbaik Untuk Hilangkan Jeragat | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setahun dua kebelakangan ni, terlalu banyak produk yang keluar. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, aku ada satu pertanyaan. Macam mana korang wanita-wanita cantik jelita di luar sana, memilih produk yang hendak digunakan setiap hari. Produk kecantikan wajah ni tak boleh main hentam keromo. Memilih tu hak kita.

Kalau aku, antara kriteria yang aku tengok adalah tempoh produk tu bertahan. Kalau dah bergenerasi orang guna, tak de komplen macam sesetengah produk zaman sekarang, aku akan rasa yakin nak guna. Kalau tak elok, takkanlah tahan berpuluh tahun di pasaran, ye dak? Antara produk kecantikan yang ada ciri long lasting ni adalah, rangkaian produk De'wajah. Sejak kecil lagi dok tengok iklan De'wajah kat tv. Sejak itu juga rasa tak sabar nak dewasa, nak guna De'wajah. Kih3

Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda Dengan Produk De'wajah


Rangkaian produk kecantikan De'wajah bermula dengan penubuhan Jun Hair & Beauty Sdn Bhd pada tahun 1989, yang menjadikannya syarikat tunggal kepunyaan Bumiputra yang didaftarkan dalam bidang kecantikan dan kosmetik. Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, Jun Hair & Beauty mula menunjukkan kehebatannya sehingga mampu menghasilkan produk kecantikannya sendiri. Sangat hebat! Tetiba rasa terinspirasi pulak.
produk de'wajah, produk hilangkan jeragat, produk terbaik hilangkan jeragat

Satu set produk De'Wajah terdiri daripada 5 item yang diformulasikan khas untuk merawat masalah kulit kusam dan berjeragat tebal. Ia sesuai untuk kulit normal dan kering. Sekarang, produk De'wajah sudah terkenal apabila ia mempunyai beratus stokis di seluruh Malaysia dan sudah menembusi pasaran Brunei.  Produk ini sudah berjaya merealisasikan impian kejelitaan ramai orang.

Amacam? Kagum tak? Kenapa orang suka sangat dengan produk De'wajah? Sebab ia mampu menunjukkan kesan yang ketara dalam pengurangan jeragat pada wajah dalam masa 5 hari sahaja! Dalam 5 hari, pengguna De'wajah akan dapat lihat jeragat semakin pudar. Dengan penggunaan yang berterusan dengan berdisiplin, insya Allah, jeragat akan hilang. Sukanya bila rasa diri makin cantik! 

Jom kita tengok 5 item yang terdapat dalam set penjagaan kulit De'wajah. :D

1. Sabun Muka De'wajah

Pencuci Muka AHA dan  Vitamin E ini sesuai untuk kulit normal dan kering sebab ia akan memberikan kelembutan dan kesegaran pada kulit setiap hari. 

sabun muka dewajah, pembersih muka dewajah, produk hilangkan jeragat
Harga: RM40.00 (130ml)/RM125.00 (500ml)

2. Susu Pembersih De'wajah 

Susu Pembersih De'wajah mampu membersihkan make-up dengan lebih mudah dan berkesan sambil melembutkan kulit muka. Pada masa yang sama, ia turut mengimbangi takat pH dan asiditi kulit.
susu pembersih dewajah, produk dewajah hilangkan jeragat
Harga: RM35.00 (200ml)/RM90.00 (500ml)


3. Penyegar/Toner De'wajah

Penyegar Kulit Normal De'wajah bertindak memberi kesegaran dan kelembutan pada wajah sepanjang hari sambil mencerahkannya. 
penyegar dewajah, toner dewajah, dewajah hilangkan jeragat
Harga: RM30.00 (200ml)/RM85.00 (500ml)

4. Sunblock Cream De'wajah

Krim siang yang sesuai untuk kulit biasa dan kering. Pati bunga-bungaan (kuning) dan faktor perlindungan UV yang ada di dalamnya dapat melembapkan dan melindungi kulit dari selaran mentari. Ia juga kaya dengan vitamin E dan C. 
sunblock cream dewajah, krim siang dewajah, dewajah hilangkan jeragat
Harga: RM60.00 (10gm)/RM130.00 (30gm)

5. Beauty Cream De'wajah

Beauty Cream ini bertindak sebagai krim malam. Selepas menggunakannya, kita akan mengalami sedikit pengelupasan tanpa rasa perit kerana krim ini bertindak untuk menanggalkan sel-sel mati dan menggantikannya dengan sel baru. Ia akan merawat dan memulihkan semua masalah kulit. 
dewajah hilangkan jeragat, beauty cream dewajah, krim malam dewajah


Harga: RM60.00 (10gm)/RM130.00 (30gm)


Inilah 5 item daripada rangkaian produk De'wajah. Lengkap untuk memberikan kita kulit yang gebu dan cantik serta bebas daripada kekusaman dan jeragat. Tiada lain yang kita inginkan untuk wajah selain untuk nampak bersih dan cantik supaya kita berasa lebih yakin dengan penampilan diri kita. Betul tak?

Cara Menggunakan Produk Kecantikan De'wajah


produk penjagaan kulit dewajah, produk hilangkan jeragat

Minggu Pertama

- Apabila kita mula menggunakan set produk De'wajah, kita akan mengalami skin peeling sedikit di mana kulit akan menggelupas halus untuk membuang jeragat dan pigment pada permukaan kulit muka.

- Elakkan menggosok atau menggaru untuk mengurangkan iritasi. Seeloknya, gunakan susu pembersih untuk meneutralkan semula kulit. Kulit yang menggelupas itu akan tertanggal dengan lebih mudah. Kulit yang baru tumbuh akan berasa lembut dan halus. 

Selepas Sebulan

- Kulit sudah semakin serasi dengan produk De'wajah. Teruskan penggunaaan secara konsisten sehingga semua pigment, jeragat , bekas parut dan lain-lain hilang sepenuhnya. Pada tahap ini, skin peeling masih berlaku iaitu kulit menggelupas halus. Biarkan. Jangan usik atau garu.
- Jika rasa tak selesa dengan keadaan kulit menggelupas, boleh gunakan susu pembersih untuk melembapkan kulit muka. Kalau perlu keluar rumah untuk ke majlis, gunakan pelembap atau essence untuk melembapkan kulit supaya kesan pengelupasan tidak begitu ketara.

Selepas 3 bulan
- Kulit semakin selesa dan serasi dengan produk De'wajah. Pada tahap ini, kesan peeling mula berkurangan sebab dah banyak sel kulit mati dan jeragat telah hilang. Teruskan penggunaan produk De'wajah secara konsisten.
- Boleh kurangkan penggunaan night cream kepada 3 hingga 4 kali seminggu. Tidak perlu pakai setiap malam seperti permulaan dulu.
- Sabun, toner dan day cream masih perlu dipakai utk kebersihan dan kesihatan kulit muka. Day cream amat penting. Dalam proses pemulihan kulit muka, minimumkan sinaran Matahari pada kulit. Jika terpaksa keluar ditgh panas, gunakan day cream lebih sikit

Hubungi De'wajah Hari Ini


Hotline : 03-5511 8519
Whatsapp 1 : 019-317 8007 
Whatsapp 2 : 019-2028 983 
Whatsapp 3 : 016-2250 686 
FB    : De'Wajah HQ 
Laman web: Shopee De'Wajah

Wassalaam.

Comments

  1. produk ni packiging dia menarik...pasti kesan dia juga best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD