Review Althea- Pertama Kali Unboxing Althea Birthday Box

Review Althea Beauty Box- My First Unboxing Kind of Thing | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tajuk dah mat salleh dah tapi, isi Melayu jelah eh. Takut grammar salah, terjejas kredibiliti aku sebagai future english teacher. Excitednya aku bila tulis blogpost ni sebab aku nak share ngan korang pengalaman unboxing first Althea Beauty Box!!! Yeahh, rasai keterujaan aku yeee...

Review Althea Beauty Box Buat Pertama Kalinya




Sejarah aku dengan Althea Beauty Box ni agak panjang juga. Aku sepatutnya dapat Althea Beauty Box sempena 1 year anniversary Althea Julai lepas (happy belated birthday Althea!!!). But somehow, aku tak terima parcel ni awal sebab kesilapan teknikal daripada delivery company. Dihantarnya parcel aku ke Puchong. Jelez juga tengok blogger lain dok wish kat fb. Thank you so much to Althea team yang berusaha untuk track my parcel dan tadaaa, here it is, in my hand. Forget all other things. Yang penting, parcel aku akhirnya sudah di pangkuanku. Yeahh, I am a happy girl guys! :D


Alhamdulillah, kali ini aku berjaya grab 4 items from Althea plus 1 free gift. Yeayy! And aku dah cuba 3 of them for my natural makeup look. Eh, natural ke tak natural korang decide sendirilah sebab bagi aku dah cukup natural but my friends say aku selalu put on heavy make up. Whatever guysss....


Semua item yang aku dapat memang aku suka. Definitely sebab aku memang peminat beauty products from Korea. Tambah-tambah lagi dapat yang original. Di Althea, semua freshly baked from Korea k, no pasar malam punya moisturiser or whatsoever. Kat bawah ni, aku susun item ni mengikut aku punya favourite.

1.  Withch's Pouch Skinny Brush Big Marker Liner


Aku memang penggemar eye liner. Benda lain tak pe tak de but not eye liner. That's why Big Marker aku letak nombor 1. Sebelum ni, aku ada beli eye liner yang kena cair, yang gel, yang kena pusing, dan yang berbentuk marker. Bentuk marker memang sangat senang nak apply so aku pilih Big Marker this time. Guess what? Aku aku sangat puas hati!

Walaupun untuk orang yang tak pandai nak apply macam aku, hasilnya masih memuaskan. :D

Tangan aku jenis terketar-ketar sikit bila nak pakai eye liner and sebab tulah eye liner dalam bentuk macam pen jadi pilihan. No brush, no smudge. Walaupun i dont have much of a steady hand, memang sangat tak bercapuk. Masih lagi boleh buat garisan lurus di bahagian mata. Dramatic winged eye! My favourite! One more thing, sangat senang nak cuci. Aku sekarang guna olive oil je nak cuci mekap. Sangat efficient berbanding make up remover aku sebelum ni.

2. Chica y Chico Mat Fix


Dah lama weh aku berminat dengan bb cushion. Bila aku survey, berminat pulak dengan Chica y Chico Mat Fix bila tengok packaging dia yang cool. Jarang jumpa bekas alat mekap warna hitam. Satu lagi sebab ramai sangat yang review positive. Sekarang, aku pula nak add to that. This is the best! High coverage. Dah macam concealer which is what I really need. Memutihkan tanpa nampak berminyak sebab dia beri kesan matte pada kulit. Melindungi kita daripada sinaran UV dengan SPA 35 PA++. Selalunya cushion mudah cair dalam cuaca panaskan? But not this one. Sangat long lasting dan tak meleleh macam yang sebelum ni (which i dont review sebab there is nothing good about it). 

3. Tony Moly Mineral Powder Pact


Muka aku jenis panas sikit je, berjejer peluh. Jadi, lepas tepek bb cushion, aku apply Tony Moly Mineral Powder Pact untuk kurangkan lagi kesan berminyak kat muka. Yelah, sape suruh duduk kat Malaysia yang panas ni. Muka mesti berpeluh dan berminyak. Warna dia sangat natural. Letak sikit pun dah sangat okay. Tapi, aku memang suka jadi hantu gomok. Letak je banyak. Boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Bekas dia cantik. Siap ada cermin dan puff. Kalau nak yang ni memang kena berebut sebab selalu sold out tambah-tambah bila Althea buat sale ke hape. Pandai-pandai koranglah.

TARAAAAAAAAAAAAA!!!

Malam. Less lighting. Tanpa edit. Just using hp cikai. And still, i look fabulous! Tq Althea! :D

Inilah hasil mekap guna 3 barang di atas tu. Sangat ok kan untuk orang yang muka berlubang macam aku? Cuma tambah blusher sikit, mascara sikit, lip tint sikit, dah boleh keluar dating sambil pujuk suami beli beg baru. Yelah, kita dah usaha nak kasi cantik, kena upahlah kan. Kih3

4. Lala Rose Day Premium Whitening Cream


Althea Rose Day Premium Whitening Cream ni sebenarnya bukan aku punya. Dah orang tu tak nak, aku la guna and aku tak menyesal pun. The instant whitening effect dia memang magical! Ajaib sangat. Letak sikit je, dah boleh putihkan kulit dalam 10 saat or less. Dalam masa itu jugalah, semua krim akan diserap that makes it non-sticky. Tak belengas senang cerita. Kalau kita nak gi event ke, nak kawin ke, kena pakai yang ni kalau nak nampak cerah kat bahagian tangan, leher or lutut. Nak jadikan highlight kat tulang bahagian leher ke, jaw ke, yang ni sesuai. Highly recommended!


Tengoklah tangan berurat aku tuh! Hahaha. Tangan kiri aku pakai whitening cream, tangan kanan tak pakai. Bila amik gambar tak nampak sangat. In real life, lagi nampak perbezaan dia. Seriously, aku letak sikit je pun, dah nampak very visible effect. Kalau letak banyak, lagi marvellous tangan tu. Kalau tak ingat, boleh hilang terus tangan aku. Kih2


5. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Tq Althea for this free gift!

Korang pun minat authentic Korean beauty products macam aku eh? Boleh layari:
Laman web- Althea Malaysia
Instagram- Althea Korea
Facebook- Althea Malaysia

Jangan lupa singgah dan shopping barang kecantikan kat Althea. Almost semua popular Korea brands ada kat sana. Yang tak boleh dapat kat Malaysia pun ada. Rush for them now! :D

Comments

  1. mieza suka beli from Althea sebab harga dia semua awesome, product ori and tak penah ada masalah delivery. bulan 10 ni diorg buat offer free shipping kalau beli RM99 so nnt hujung bulan nak beli sekotak lagi, hehe! maybe nak try Althea Rose Day Premium Whitening Cream tu lah, macam menarik je ^_^

    ReplyDelete
  2. I always prefer to shop online and use Althea products because I really love it. When I buy products from Althea, I always use discount coupons from Paylesser Malaysia - my.paylesser.com for it through which I can get discounts. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus