Thursday, January 07, 2021

Tanjung Emas dan Taman Tanjung Ketapang, Muar

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Honestly, aku rindu sangat-sangat dengan my family di Kelantan sekarang ni. Ni dah hari ke berapa cuti, aku masih lagi di Muar. Takut sangat nak balik Kelantan, takut bawa balik COVID-19 walaupun aku ni dah kira mengkuarantinkan diri sendiri berbulan-bulan dah. Keluar pun, untuk cod barang. Selain tu, round-round dalam kereta je. Bila la boleh bawa anak-anak pergi Zoo Melaka lagi sekali ni. :'(

So, untuk tidak membiarkan blog sendu aku ni bersawang, kuhidangkan gambar-gambar meluangkan masa dengan Nik, Nazhan dan Nazeem di Taman Tanjung Ketapang, Tanjung Emas, Muar. 

Tak Muo la kalau tak tulis pasal Tanjung Emas ni kan.

Tanjung Emas dan Tanjung Ketapang


Tanjung Emas dengan Tanjung Ketapang sebenarnya 2 bahagian di tepi Sungai Muar yang bersebelahan. Kira bersambung gitu. Kalau dari bandar Muar, kita akan sampai ke Tanjung Emas dulu. Kalau kita terus lagi, kita akan jumpa dengan Tanjung Ketapang.

Tanjung Emas, Tarikan Pelancong di Muar


Di kawasan Tanjung Emas, banyak benda menarik dan cantik dibuat sebagai tarikan pelancong seperti Menara Jam, dataran, jeti yang menyediakan aktiviti river cruise, taman permainan kanak-kanak, landskap yang cantik, kedai makan, dan trek jogging tepi sungai.

Dataran



Zaman sebelum Covid-19 dulu, ada kereta mainan yang besar tu di kawasan dataran ni. Ibu bapa boleh sewakan untuk anak-anak dorang memandu kereta di kawasan ni. Seronok sangat tengok. Belon buih pun ada. Kat sinilah dorang main buih melayang-layang, lepas tu pecah.


Tanjung Emas juga selalu menjadi venue untuk ekspo ke, event ke, yang buka kedai banyak-banyak tu. Buka sampai malam. Siap ada acara. Best sangat dengan lampu-lampunya. Semua jadi kenangan je sekarang sebab Covid-19. :'(


Menara Jam




Air Pancut





Tempat Duduk



Landskap

Kalau dulu Tanjung Emas menempatkan durian gergasi, sekarang Tanjung Emas mempunyai landskap yang sudah dikemas kini. Dengan lampu berwarna warni, pemandangan di Tanjung Emas sangat cantik terutamanya pada waktu malam.



Inilah tempat lampu. Tapi, kami datang tengah hari. Tak pasang lampu.

Taklah. Nazhan tak pandai rap.


Suami kurang romantik. Kita romantik dengan anak.


Taman Tanjung Ketapang, Tempat Tengok Pemandangan Matahari Terbenam

Taman Tanjung Ketapan juga tidak kurang menariknya. Di sinilah tempat orang ramai menikmati pemandangan indah Matahari terbenam. Jadi, kalau nak tengok sendiri, sila pergi waktu petang. Lepas Asar, jogging kejap, lepaskan lelah di pondok yang tersedia di tepi sungai sambil menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.

Jangan lupa ucap, Subhanallah tau..


Walaupun dah lama juga lah aku kat Muar, lambat betul aku tahu kewujudan Taman Tanjung Ketapang ni. Bezanya dengan Tanjung Emas, Tanjung Ketapan lebih kepada tempat untuk orang ramai melihat pemandangan Matahari terbenam dan berjogging. 



Di kawasan tepi Sungai Muar Tanjung Ketapang, disediakan beberapa pondok khas untuk orang ramai menikmati keindahan pemandangan tepi sungai tatkala matahari terbenam. Trek jogging di sini mengelilingi sebuah padang golf yang luas dan beberapa bangunan lama. Di hujungnya pula terdapat kawasan hutan paya yang menjadi tempat tinggal monyet. So, kena hati-hati lebih sikit bila berjogging di sini. 

Sepanjang trek jogging, terdapat juga beberapa peralatan senaman yang boleh digunakan. Contohnya, macam yang Nazhan tengah guna ni. Hehehe.


Ada juga pelantar yang disediakan untuk mereka yang berminat untuk melihat suasana hutan paya itu. Tapi, kena hati-hati sebab kawasan inilah yang menjadi tempat tinggal kera-kera aka monyet-monyet. Jangan sesekali bagi makanan tau. Dilarang keras. Nanti, makin dorang follow. Anak kecil tu, kena jaga lebih.



Kami, lepas keliling trek jogging.



Kesimpulannya, Aku Rindu Keluarga

Kenapa aku tiba-tiba update ni? Tengah beleh gambar dulu-dulu, rasa rindu sangat dengan my family. Last aku balik Kelantan, masa ayah mertua meninggal. Sekarang, aku dengan Nik membuat keputusan untuk tidak balik kampung sepanjang cuti akhir tahun disebabkan pandemik Covid-19 yang makin hari makin teruk. 

Hari ini merupakan hari pertama, kes aktif dilaporkan lebih 3 ribu kes baharu di seluruh Malaysia.

Rindu sangat nak spend time dengan adik beradik. Ya Allah, hapuskanlah Covid-19 sekarang juga. :'(

Johor pula mengambil alih tempat Selangor dengan bilangan lebih 1 ribu. Daerah Muar pula menyumbang angka paling tinggi. Macam mana aku tak risau? Tak sanggup pula nak merisikokan keluarga aku kat sana, terutamanya umi dengan abah. I really hope people at home will understand. I miss you, but staying far is the best for us now.

Dulu, yang tengah je ada anak 2. Sekarang, kiri kanan pun dah ada anak sorang 1. Alhamdulillah.

Sama-malah kita berdoa agar anak boleh bersatu dengan mak ayah. Suami boleh berjumpa isteri. Semua kepayahan ini akan berakhir kalau kita usaha sama-sama. Ikut SOP yang ditetapkan. Berusaha tanpa henti. Berdoa tanpa lelah. Then, tawakkal. Insya Allah. Sama-samalah kita. Wassalaam.

2 comments:

  1. dulu pkp bln 3 stuck dkt kulai xleh kelik kapong pkp ni dea lopat kelik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sempat balik masa pkp. then, balik bapa mertua sakit. then, balik lagi masa beliau meninggal. so, cuti sekolah ni, aku tak balik. kes pun tinggi. muar pula zon merah. insya Allah, one day dapat bertemu lagi dengan keluarga. amiin.

      Delete