5 Servis Penghantaran Makanan di Pulau Pinang

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalau bercakap pasal makanan zaman sekarang ni, bukan resepi yang menjadi masalah tapi bab

nak makan mana? 
panas ke hujan?
makan situ ke tapau? 
jalan jem ke tidak? 
parking senang tak? 

Bila semua ni tak terjawab, kalau terjawab pun semuanya NEGATIF, food delivery jela jawabnya. Nak pilih senang, guna handphone je. Yang sihat ada, tak sihat ada, nasi ada, ayam ada, makanan berpantang lebih bersalin pun ada! Nak bayar pun senang, online banking je. Lepas tu, tunggu makanan sampai depan pintu. Tak payah nak fikir banyak, tak perlu nak drive, nak hadap jem atas jalan.

Tapi, kalau di Pulau Penang, nak guna servis penghantaran makanan yang mana satu?

Servis Penghantaran Makanan di Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang sangat padat. Orang ramai mempunyai keperluan makanan yang berbeza. Maka, Pulau Pinang mempunyai syarikat penghantaran makanan yang terbaik dalam melakukanan penghantaran makanan bagi masa dan lokasi yang berbeza. Tapi, yang mana satu nak pilih? 

Jom kita tengok senarai servis food delivery Penang.

1. DeliverEat

Diasaskan pada tahun 2012 lagi oleh beberapa orang Pulau Pinang sendiri, DeliverEat boleh dikatakan mempunyai pengalaman yang cukup lama, dari sebuah perniagaan kecil di Pulau Pinang hinggalah mempunyi cawangan sendiri di Kuala Lumpur. Mereka telah melakukan jalinan perniagaan dengan lebih 300 restorang terkenal yang boleh dipilih oleh pelanggan. Ini termasuklah Tealive, Sakae Sushi, dan Morgafield's.



2. foodpanda


Kalau sebut foodpanda, semua orang mesti dah kenal, tambah-tambah lepas PKP hari tu, kan? Sarapan, makan tengah hari, makan malam, semua foodpanda boleh hantarkan makanan kegemaran anda sampai ke muka pintu. foodpanda beroperasi di 6 negeri dalam Malaysia dengan menawarkan penghantaran makanan daripada 700 buah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Waima segelas kopi yang baru dibrew pun boleh dipesan melalui foodpanda. Yang lagi best, untuk majlis atau perayaan pun, foodpanda boleh hantarkan makanan! Cuma, kita kenalah buat pre-order awal-awal untuk penghantaran makanan yang banyak macam tu. Klik klik klik je. Terus boleh buat majlis hari jadi anak. Tak ke best tu?



Caj: Tiada pesanan minimum
Kawasan: Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Johor Bahru, Cyberjaya, Subang
Masa: 10 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Laman Web: https://www.foodpanda.my/

3. Delivery Monster

Delivery Monster agak berbeza daripada syarikat lain. Mereka menghantar makan daripada penjaja makanan kepada pelanggan mereka. Yup, daripada penjaja. Delivery Monster menawarkan lebih 500 pilihan makanan. Kita tingga pilih je, mereka hantar depan pintu. Contohnya, Presgrave Street Hokkien Mee. Call je. Mereka akan hantarkan walaupun hujan atau panas. Senangkan? Daripada bayar mahal dekat restoran mewah, baik beli daripada penjaja. Dah la sedap, boleh juga bantu dorang upkan bisnes.



4. FoodLab Express

Dihasilkan boleh pencinta makanan, FoodLab Express sentiasa ada untuk menyelesaikan masalah kita yang suka mengidam macam-macam untuk makan. Semua makanan disediakan oleh chef berpengalaman untuk kepuasan hati semua penggemar makanan. Harga dan porsi pun sangat bagus. Boleh kata, sangat berbaloi dengan harga. Malas nak masak? Cubalah FoodLab.


5. Home Cooked Lunch Box
Disediakan oleh Principal Chef yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam penyediaan makanan home-cooked yang sihat dan sedap, Home Cooked Lunch Box sentiasa menitikberatkan kualiti makanan yang dihasilkan oleh mereka. Lunch boxes mereka dijual mengikut giliran untuk menjaga kualiti makanan. Mereka juga menyediakan makanan untuk organisasi kebajikan di Pulau Pinang. Jadi, bagi mereka yang ingin menaja makanan, anda bolehlah menghubungi mereka di Home Cooked Lunch Box.

Sebenarnya, ada banyak lagi pilihan servis penghantaran makanan, tapi hari ni, aku share 5 di atas khas untuk orang Pulau Pinang. Aku suka sangat apabila teknologi membolehkan sesiapa sahaja mencari rezeki yang halal termasuklah mereka yang menjadi penghantar makanan. Dorang ni bagi aku termasuk dalam barisan frontliners masa PKP hari tu. Memang tabik spring. Jadi, sama samalah kita berbuat baik dengan mereka yang sedaya upaya memberikan servis terbaik untuk setiap pelanggan. 

Takat ni jela. Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

Persiapan Untuk Anak-anak Ke Sekolah; Taska dan Tadika