Ulangtahun Ke 4 Beranak Anak Pertama, Si Nazhan.

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Tarik nafas, lepas. Repeat 12x. Nervous betul memikirkan masa yang terlalu pantas berlalu terutamanya sepanjang berkurung sepenuh masa di rumah. Sedar-sedar, Nazeem dah 2 tahun. Sekarang, abangnya Si Nazhan, dah masuk umur 4 tahun. Kesiannya anak-anak kita, membesar dalam rumah je. Berdoa selalu ye, keadaan akan jadi normal semula. Amiin.

Nazhan, 4 Tahun Dah You Jadi Anak I


Terima kasih Nazhan
Kau yang pertama memberikanku gelaran seorang ibu
Yang Allah hantarkan menemani hari-hari sepiku
Mengisi kekosongan mendalam di lubuk hatiku

Terima kasih anak sulungku
Hadirmu menghapuskan satu dosa besar dalam hidupku
Semoga mengurangi bebanan dosa di timbangan amalanku
Semoga memberati amalan pahala, untuk syurga yang dituju

Ya Allah, thank you so much for the best son You gave me, that I don't deserve.

Terima kasih permata hatiku
Telah memberikanku tujuan hidup 
Untuk menjaga dan melindungimu
Melahirkan kekuatan dari dalam diriku 
Yang wujudnya ku tak pernah tahu sebelummu

Terima kasih pengarang jantungku
Engkaulah gelombang yang menggegarkan hati
Juga alunan yang menenangkan jiwa
Terus menerus memberi ketenangan dalam kesulitan

Ya Allah, bestow upon him, Your mercy and grace, always.

Harapan Tak Munasabah Umimu


Aku harap sangat anak-anak aku akan duduk dekat je dengan aku sampai aku mati. I mean, bila dia masuk sekolah menengah, dia pergi je kat Maahad Muar. Tak pun SAMURA. Kalau tak dapat, sekolah menengah depan taman perumahan ni jelah. Habis SPM, dia pergi UTHM je lah. Boleh ulang alik. Kalau penat sangat, boleh aku gagahkan lagi melawat tiap hujung minggu. Senang cerita, sekarang juga aku menabung duit untuk beli kereta untuk dia. 

Ya Allah, guide him to always be on the right path.

Bila dia masuk degree, dia buat pembelajaran jarak jauh je, boleh dia stay kat rumah aku. Tak pe, aku akan buat jadual untuk dia belajar dan bergembira. Kalau dia nak travel, aku pergi dengan dia. Nanti aku belanja setakat mampu. Dia akan nampak aku dalam flight pergi dan balik je. Aku tak kisah. Duduk hotel lain-lain pun tak pe. Kalau dia nak bawak kawan je jalan-jalan, aku rela stay je kat hotel. Aku takkan ganggu.

Yaa Allah, grant him the best partner to share his life. Ehemm...

Bila dia kahwin, bawa menantu aku duduk rumah aku boleh tak? Kalau tak boleh? Boleh tak nak dia duduk taman perumahan yang sama je. Aku janji takkan gaduh dengan menantu aku. Aku akan ikut semua menantu aku cakap asalkan semua bahagia. Boleh tak macam tu? T_T

I will be so lonely without you Nazhan.. It will be too much to bear.. 

Yaa Allah, let we unite again in Jannah.. Amiin.

Aku Tahu, Realitinya Tidak Begitu. I'm Sorry..



Happy Birthday anak kesayanganku, Nazhan. Thank you for merely existing in my life. Thank you just for being you. The one yang hari-hari cakap

'Cantiknya umi.'
'Umi. Saaayang umi.'

Kadang-kadang cakap

'Umi, jangan sedih.'
'Umi, jangan nangis.'
'Umi. Jangan gaduh. Tak baik.'


Just so you know, you are my source of strength. Strength to go further in life, to go beyond than what I thought I can be, what I thought I can do. Thank you so much for making me, a mother to you. The best role I have ever played in my life too. I hope you would think so too...


I am so sorry for the times that I lose control that I hurt you. I am so sorry for losing it. I am so sorry for venting my anger towards you. I am so sorry that I don't do better for you. I am so sorry for not being a better mother for you. But, I will keep trying, and please, don't ever lose your hopes on me.




I have not much to say. I just wanna keep repeating, I love you so so so so much! Just imagining one day we will have to part ways, scares me. I will keep praying, and praying, that you will stay by my side forever. Bila dah habis masa kita di dunia, kita sambung jadi umi dan anak di syurga. Insya Allah.




Apa-apa pun jadi, kau kena jaga adik kau si Nazeem ni elok-elok. Ingat pesan umi ni.




Happy Birthday Sayangku, Nazhan!

Hari-hari umi berdoa, lepas selesai ujian kita di dunia, kita akan bersatu balik di syurga.. Amiin..

ps- Aku memang kena minta maaf dengan Nazeem kalau terlebihkan Nazhan sebab, dia anak sulung, aku anak sulung. Mungkin ter-bias di situ. Hahaha. 

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD