Wednesday, January 19, 2022

Kenapa Handphone Tak Berhenti Berbunyi

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku sejenis manusia yang memang tidur awal. Kalau lebih pukul 11 malam tu. Memang kira tidur lewat lah. Sebab tulah, lepas solat Maghrib je, aku sedaya upaya lah nak solat Isyak terus. Kalau boleh, tak nak dah ambil wudhuk lain. Sebab sejam lepas waktu Isyak, mata aku dah start mogok dah. Makin payah aku nak bergerak ke toilet nak angkat wudhuk baru.

Semalam, aku pergi event. Tengah event berjalan, boleh pulak phone aku berbunyi tak henti henti. Dah lowkan volume sampai mute, masih berbunyi. Dah turn off pun, tetap tak menjadi. 

Risau giler sebab ada satu hari tu, sebelum ini, aku cas bateri hp ni, tak masuk-masuk. Lepas restart, barulah charging. Risau juga kalau rosak hujung-hujung bulan ni. Sekarang ni, tengah tunggu postpaid contract tamat, kalau nak tukar hp baru pun.

Dalam kerisauan tu, aku terbangun daripada tidur. Rupa-rupanya, berbunyi dalam mimpi, bersambung ke alam realiti. Memanglah tak berenti berbunyi. Dah aku tak off alarm lagi. Ada lah dalam 10 minit, baru sedar diri, hari ni sekolah, bukannya cuti. Punya susah nak bangun tidur pagi tadi. 

Sedap hoi tidur berdakapan dengan Si Nazeem. Wakakaka.

Pagi-pagi je, panjat aku nak peluk. Sejuklah tu. Orang bagi selimut, dia tendang.

Sekian kisah mimpi dan handphone malam tadi. Babai!

No comments:

Post a Comment