Majlis Persaraan Guru Besar Encik Azme SK Parit Setongkat

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Untuk majlis persaraan Guru Besar SK Parit Setongkat kali ini, aku ditugaskan sebagai ketua bahagian hiasan pentas. Tapi, skop kerja termasuklah pentas, photobooth dan hiasan meja makan. Majlis terbahagi kepada 3. Pagi, petang dan malam.

jlabella marroon

Alhamdulillah, dengan kerjasama semua AJK Pentas, semuanya berjalan dengan lancar walaupun berlaku perkara-perkara yang tidak diduga.

tshirt oren
Majlis Pagi.

Perkara-perkara Yang Mengejutkan


1. Pihak hotel tidak membenarkan pihat servis hiasan masuk pada malam sebelum majlis sebab SOP covid. Katanya, ramai staff tengah kuarantin. Jadi, tak boleh masuk. Akhinya, pihak yang buat pentas, sanggup datang lepas Subuh untuk buat hiasan pentas untuk majlis yang bermula pukul 9 pagi. Terima kasih sangat.
2. Orang yang sepatutnya buat photobooth, tetiba membatalkan servis di saat majlis sebelah pagi sudah berjalan. Dia berjanji untuk datang lebih servis mekap belah pagi, tetiba membatalkan servisnya. Terpaksalah aku merayu dengan orang yang buat hiasan pentas, untuk datang dan buat juga bahagian photobooth. Gitar pula, ada suami seorang cikgu bawakan dari rumah.
3. Photobooth nampak kusam sebab tak ada lampu. Jadi, aku pergi beli 2 ketul lampu lip lap di DIY. Tak tengok betul-betul. Rupanya, lampu kecil aja. So, malam tu, cikgu lain pula bawakkan yang plug in pula. Alhamdulillah.

baju korporat ungu
Majlis Petang.

contoh backdrop majlis
Majlis Malam.



Post Mortem Menjadi AJK Hiasan Pentas

  1. Meminta kerjasama semua untuk sentiasa melaporkan setiap perkembangan walaupun kecil
  2. Sila Jumpa Face to Face Sebelum Upah
  3. Berada di kawasan sepanjang proses menghias dan majlis berlangsung
  4. Pastikan semua perhiasan adalah seimbang
  5. Pilih servis dengan harga yang berbaloi
Aku tak sabar nak bersara! Hahahaha





Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD