Beli Kereta Dengan Bijak Mengikut Keperluan dan Kemampuan Diri Sendiri

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kalut ribut media sosial sekarang dengan kenaikan harga minyak masak dan ayam. Rasa lega juga bila mendengar yang gaji minimum akan dinaikkan sediki, tetapi kos sara hidup naik banyak. Macam-macam mana pun, kita rakyat marhaen kena hadap semua ni dengan hati yang terbuka. Tiada gunanya kita berterusan menyalahkan orang lain sebab ia tidak akan mengubah apa-apa pun. Sekarang ini, macam-macam mana pun, kita ada mulut untuk disuap, keluarga untuk dijaga. Jadi, kita kena jadi bijak.

Situasi yang berlaku ini merupakan implikasi daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dengan teruk selama lebih kurang 2 tahun. Banyak perkara yang terjejas apabila pergerakan di seluruh dunia tiba-tiba ditangguhkan. Lapangan terbang tiba-tiba sunyi. Jalan raya tiba-tiba lengang. Hari cuti pun tidak berjalan-jalan. Ramai yang hilang pekerjaan. Perniagaan ditutup. Bila kita mula kembali normal, kesan buruk yang besar memang sudah boleh diagak.

beli kereta mengikut kemampuan
Nak nampak kaya? Bergambarlah dengan kereta orang lain.

Bercakap tentang harga petrol yang meningkat secara mendadak, aku pasti ramai yang risau dengan kenaikan kos barang keperluan yang lain. Orang ramai juga mula ragu-ragu untuk membeli kenderaan peribadi sedangkan mereka sangat memerlukannya untuk memudahkan pergerakan dari titik A ke titik B. Tapi, macam mana cara memastikan kita membuat keputusan terbaik yang betul-betul sesuai dengan situasi kita sekarang ini? Macam mana dengan credit score kita? Okay ke?

Cara Memilih Kereta Terbaik Di Fasa Endemik


Dengan keadaan sekarang, bukan Malaysia sahaja yang terjejas dengan kemelesetan ekonomi, malah seluruh dunia. Ada negara yang diisytiharkan bankrap tau. Jom kita tengok cara memilih kereta di masa ekonomi meleset ni.

Kenderaan Sebelum Ini


Adakah anda pernah memiliki motosikal atau kereta sebelum ini? Bagaimana penggunaan kenderaan tersebut? Adakah ia sudah memadai, selesa, dan memudahkan? Apa aspek kereta yang anda ingin naiktaraf daripada kereta sebelum ini? Atau anda sudah cukup berpuas hati dengannya? Barulah anda bergerak ke point seterusnya.

Kereta Baru atau Second-hand?


Tak dinafikan kita semua berkeinginan untuk merasai pengalaman menggunakan kereta baru. Tapi, dalam situasi sekarang, kereta second-hand boleh menjadi pilihan terbaik untuk kita, dengan syarat kita pandai memilih dari segi mileage dan pemilik sebelumnya. Lepas tu, pandai pula menjaga kereta dengan baik. Dengan jagaan yang baik, kereta lama pun boleh rasa dan nampak seperti baru tau.

Jenis Kereta Yang Diperlukan


Jenis kereta yang diperlukan bergantung kepada saiz keluarga dan tujuan utama kereta itu akan digunakan. Janganlah semata-mata hendak berjimat, kita sanggup menggunakan kereta itu melebihi kemampuan kereta. Janganla juga mengabaikan keselesaan keluarga terutamanya bagi mereka yang selalu berjalan jauh seperti bertugas outstation dan balik ke kampung.

Penggunaan Minyak


Biasanya, semakin besar CC kereta, makin banyak minyak yang digunakan. Jangan tak tahu, harga minyak dunia sekarang sangat mahal. Alhamdulillah, sekarang di Malaysia, hanya RON97 sahaja yang dinaikkan harga. Jadi, masih boleh guna RON95. Tapi, kita sendiri tak tahu apa akan berlaku di masa akan datang. Jadi, buatlah pilihan dengan bijak, mengikut keperluan dan kemampuan kita. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Orang luar negara pun dah berkira-kira memilih kereta dari aspek penggunaan minyak.

Bagi yang mencari-cari cara untuk mengetahui kemampuan kita dalam pemilikan kereta, bolehlah rujuk CarPaymentCalculater.Net ni. Kalkulator ini boleh tolong kirakan bajet bulanan yang paling sesuai untuk pembayaran kereta berdasarkan gaji dan pendapatan kita setiap bulan. Jadi, kita boleh memiliki kereta yang sesuai dengan keperluan tetapi masih dalam bajet. Tak kiralah kita nak beli kereta baru, kereta second-hand, ataupun nak trade-in. Semua kalkulator pembayaran kereta ini boleh tolong kirakan. Kalkulator lain pun ada lagi. Yang paling aku suka kalkulator bajet petrol.

Pengiraan bajet sebelum membeli sesebuah aset sangat penting tau. Sebab dah ramai yang terjejas kehidupan seharian kerana membeli sebuah kereta yang luar daripada kemampuan. Bila dah tak boleh bayar berbulan-bulan, kereta kena tarik dengan bank. Kan sedih tu.

Pilih dan Beli Kereta dengan Bijak

Alah membeli menang memakai kata orang. Tapi, kalau kekalahan membeli tu buat kita sampai tak boleh beli makanan untuk hidup, biarlah menang membeli dan menang memakai. Insya Allah, kita boleh mengharungi ujian kali ini sepertimana kita sudah berjaya mengharungi cabaran dan dugaan sebelum ini. Wassalaam.

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD