Monitor Kesihatan Guna Laman Web Ni Je

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Apabila sudah mencapai umur 30 tahun, aku mendapat satu kesedaran tau, kesihatan dan keluarga adalah harta yang paling berharga. Hasrat aku, bila aku dah mencapai kestabilan daripada segi kewangan suatu hari nanti, aku nak badan aku masih kuat dan bertenaga untuk travel melihat dunia.

Target aku, bila aku sudah berumur 40 tahun, aku tidak perlu lagi nak berfikir banyak lagi tentang kewangan, aku tak perlu lagi berkira-kira bila nak bagi duit dekat umi, abah dan ibu mertua aku. Bila cuti sekolah, aku terus boleh bawa mereka bercuti di mana-mana yang aku suka. Tapi! Kestabila ekonomi itu tidak bermakna kalau aku sendiri tidak mampu membawa badan aku sendiri. Kaki makin sakit, jalan sikit rasa mengah, asyik kena berhenti, ambil nafas. For me to achieve my target at 40, I have to start taking care of my health at 30! Now!



Healthy body gains beauty. Bila kita sihat, secara automatiknya kita akan nampak lebih cantik, segak, bergaya. Yup, aku nak semua tu whatever you may say. I believe that semua ini kita boleh capai dengan gaya hidup yang sihat. Macam mana gaya hidup yang sihat? 

1. Yang penting sekali mestilah cara pemakanan yang sihat.
Tanpa kita sedar, makanan yang masuk dalam badan mampu mempengaruhi mental dan emosi kita. Dengan pengambilan gula yang banyak, kita akan mudah merasa tertekan dengan tekanan yang sedikit. Yup, that is the UGLY TRUTH. Not to disrespect people with bigger bodies, aku pun mungkin termasuk dalam kategori yang sama, HAVE SOME CONTROL OF YOU LIFE. Control your diet. Don't let food control you.



Kalau korang nak tahu apa yang korang perlu lakukan untuk mencapai berat badan idaman, korang boleh guna tool di weight loss goal calculator. Kalkulator ini akan kirakan aktiviti yang sesuai dengan ketinggian dan gaya hidup kita.

Kita kena selalu keep track dengan kesihatan kita. Kalau korang tengok di body fat calculator ni, korang boleh tahu berapa peratus lemak dalam badan. Kalau terlebih, terus ambil tindakan. Kurangkan pengambilan minyak serta merta!


2. Kehidupan yang aktif
Human body is made TO MOVE.  Badan manusia bukan diciptakan untuk terus menerus duduk di atas kerusi mahupun baring di atas katil sambil menelan jajan dan menonton TV. Sebab itulah, kalau kita malas bersenam, kita sangat disarankan untuk mencapai 10 ribu langkah setiap hari untuk memenuhi pergerakan yang diperlukan oleh badan. Tak mampu? MAMPU SEBAB AKU SUDAH BUAT!

Berjalan kaki di kawasan perumahan je,


As for me, almost everyday, aku akan bawa Nazhan dan Nazeem berjalan kaki mengelilingi kawasan perumahan. Kalau hari cuti, lepas Subuh terus aku jalan kaki tengok Matahari terbit. Kalau ada abang-abang yang dah besar dengan playground, aku tinggalkan dorang main monkey bar dengan see-saw dekat situ sementara aku meneruskan perjalanan. Tengah jalan kaki, nampak langit cantik nak terbenam, aku suka snap gambar, share kat Whatsapp status. Lebih kurang sejam sehari aku jalan kaki.


I have seen the effect now. Dah boleh pakai seluar dengan lebih rasa yakin tahu.

Bersenam Sambil Mengecapi Keindahan Alam


Untuk bersenam dan menjaga kesihatan secara istiqamah, kita mesti ada sumber motivasi. Macam aku, aku suka berjalan sambil menikmati keindahan alam sekitar. Then, aku suka ambil gambar suasana, gambar langit yang sentiasa berbeza pada waktu dan hari yang berbeza, tengok bunga-bunga warna-warni yang jiran aku tanam. Memang menghilangkan bosan walaupun berjalan jarak jauh sampai sejam.






Riadah juga boleh divariasikan suasana dan tempat berbeza. Contohnya bila aku bawa dua orang budak kecil ni ke Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Senaman aku pada hari itu adalah mengejar dan menjaga mereka daripada membahayakan diri sendiri di sana. Yes, it burned my calories!





Apabila kita mula membuat senaman, kita mesti rasa tak sabar-sabar nak tengok kesan dia. Sesetengah orang jenis tak sabar. Instead of tengok bodily changes, apakata korang guna calorie burned calculator so that korang tahu berapa kalori yang dibakar dengan setiap senaman yang sudah dilakukan pada satu-satu masa. Barulah kita rasa lebih bersemangat untuk terus istiqamah. Bila nampak perubahan pada timbangan, terus rasa berbaloi-baloi! :D

Setakat ini dulu. Chow chin chau!








Comments

  1. Akak suka tulisan muja..mcm sedang bercakap..🥰

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD