stress
ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.
gajoh pun buleh terbey loni dih :P
sebab aku tengah sangat amat stress dengan perkara yang sangat amat tidak perlu langsung. aku nak kongsi ni ngan korang cara hadapi stress cara Islam. aku pernah buat ENTRY ATASI STRESS, tapi yang ni penambahan lagi la. eh, bajet jadi kaunselor. kih3
stress itu adalah normal kerana kita manusia
khairu ummah tidak menjadikan kita sempurna
tetapi akal yang diberi menjadi pembeza
gunakanlah ia dengan sebaiknya
stress dan masalah sentiasa boleh diatasi
tidak diturunkan masalah melebihi kemampuan
hanya bijak menguruskannya menjadi paksi
tak perlu gundah atau meroyan

kalau stress merindu seorang insan
ingatlah kita tidak berseorangan
ALLAH kan ada sentiasa meneman
malaikat pun ada kiri dan kanan
stress itu datang dari syaitan
syaitan itu dari api
air wudhuk jadi jawapan
moga tenang jadinya hati
kalau belum tenang sangat
wudhuk diikuti dengan solat
solatlah kamu dua rakaat
moga usaha menjadi berkat
stress datang dari semua bahagian badan
di belakang leher tempat berkumpul
legakannya dengan picitan dan urutan
nescaya stress akan tumpul
kalau marah semasa berdiri
duduklah kamu di atas kerusi
ini pesan Rasulullah SAW sendiri
sunnah itulah petunjuk abadi
kalau marah semasa duduk
baringlah kamu dengan elok
pejamkan mata tak perlu tersengguk
insya ALLAH hilang stress di tengkuk
kalau stress dengan persekitaran
bayangkanlah alam yang menghijau
maka datanglah damai idaman
otak tak serabut minda tak kacau
sebenarnya banyak lagi cara lain yang boleh digunakan seperti membaca Quran, jenjalan, mendengar lagu and menonton tv. ianya terpulang kepada seseorang individu. kalau dirasakan cara sendiri sudah mampu menangani stress, dipersilakan. tapi janganlah kita keliru antara stress yang diatasi dengan stress yang ditutupi. stress yang diatasi insya ALLAH berkekalan lama hilangnya. stress yang ditutupi adalah stress yang sentiasa ada tetapi dibayangi dengan sesuatu yang tidak sepatutnya. seperti panadol yang hanya mampu menghilangkan rasa sakit, tapi tidak mengubati sakit. seperti biasa, Islam itu agama yang syumul yakni sempurna, tiada yang lebih baik daripada saranannya. sekadar perkongsian. wallahu a'lam.
trima ksih muja ats prkongsian ilmu yg brguna .. =)
ReplyDeletetq niena,, :)
Delete