Seoul Garden- Tempat Untuk Makan Sepuasnya Dengan Mereka Yang Tercinta
Seoul Garden- Tempat Untuk Makan Sepuasnya Dengan Mereka Yang Tercinta | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat mereka yang belum tahu, restoran ala-ala Korea, Seoul Garden boleh dikatakan baru juga dibuka di KB Mall, sebab baru je buka tahun ni.
Hancur diet. Kih3
Seoul Garden adalah sebuah restoran dengan konsep ala-ala Korea yang jelas pada namanya yang menggunakan nama bandar di Korea. Di sini, makanan disediakan dengan stail bufet. Bahan mentah yang sudah diperap dan yang sudah dimasak disusun di kaunter panjang. Pelanggan boleh pilih apa sahaja, bakar sendiri dan makan. Boleh sangat kalau setakat nak fefiling dok Korea tu.
Nampak tak betapa excitednya dia bila bakal abang ipar belanja kat Seoul Garden? Hahaha |
Yang paling bestnya, dengan sekali bayaran, pelanggan boleh makan apa sahaja yang disediakan di Seoul Garden. Pilihan yang sangat banyak disediakan. Boleh kata penuh kaunter. Mula dengan ais krim, air, nasi, sushi, makanan laut, daging ayam, daging lembu, daging kambing. Tak masuk lagi pilihan sos yang disediakan. Perghh!
Tapi ada syarat dia. Semua makanan yang diambil perlu dihabiskan. Setiap 500g yang tak habis dikenakan bayaran sebanyak RM5. Naya gak tuh.
Pertama Kali Makan Di Seoul Garden, KB Mall Dengan Classmates
First time aku pergi ke Seoul Garden, KB Mall ni dengan classmates aku. Aku suke! Nasib baiklah aku ni dalam senarai yang dijemput kalau bab makan. Azmeer, Arieff, Azizi, Bahij, Diah, Ain dan Buvana. Sedih sikit sebab tak de Alang. Tapi tak pelah. Maybe lain kali pergi ngan beliau lak.
Memang best sangat kalau aku dapat luang masa ngan dorang semua ni sebab masing-masing dah ada group masing-masing. Aku je loner. Aku ada tunang aku yang jauh tu je. Jadi, aku sangatlah hargai kalau dapat makan semeja ramai-ramai dengan mereka ni. Kesayangan dan kecintaan ni.
My awesome Tesl 2 classmates. Love you all so much. :') |
Kami room mates, takkan terpisah. |
28 Mei 2014, Makan di Seoul Garden Sebelum Meneruskan Misi Mencari Cincin Tunang
Kali kedua ke Seoul Garden, KB Mall, pergi dengan my two siblings, Zie and Hana, and my beloved husband-to-be, Nashram. Mulanya, nak pergi dengan Hazanis dan Yuyu, tapi ada orang tu merajuk sebab dah janji dengan dia tak nak pergi kali kedua dengan orang lain, kena ngan dia.
So, tunggu jela beliau balik dari Johor. Follow je sebab hari jugalah kami pergi cari cincin tunang. Gambar cincinnya? Tak leh tunjuk lagi. Tunggu entri lepas raya ye. Insya Allah. Kalau ada, adalah. Kalau tak de tu, tak de lah. Harap-harapnya ada. Doa-doakan ye. :')
Nasibla dapat dia yang giler selfie jugak. Kih3 |
Lagi ramai lagi seronok kalau di Seoul Garden. Dating berdua? Tempat lain would be better. Kih3 |
31 Mei 2014, Katanya Pertemuan Blogger Kelantan di Seoul Garden, KB Mall
Lepas dah gi Seoul Garden hari Rabu, 3 hari lepas tu gi lagi. Kali ni lagi ramai yang join. Lagi exciting jadinya. Aku, Huda, Nashram, Hazanis, Yuyu Atiqa, dan Najdan my senior in Faris Petra. Memang seronok giler bila berkumpul sekali sekala macam ni dengan semua kesayangan.
Rasa happy yang tak terkira. Dah la boleh makan sampai puas, kena belanja lak tuh. Terima kasih abang. Selalu belanja sayang. Dulu, selalu jelez dengan blogger di KL sebab dorang selalu hangout sesama. Sekarang tidak lagi, sebab saya ada mereka. Kah3
Huda, Hazanis, Najdan, Yuyu, Muja, Nashram. |
Sudah kukata, hobi kami sama. Kah3 |
Selfie dan blogger, ibarat irama dan lagu Takkan Terpisah. Hua hua hua |
Layanan Mesra Di Seoul Garden Sangat Menggamit Untuk Datang Lagi
Ini daripada pengalaman aku sendiri tau. Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam Seoul Garden, kami disambut dengan senyuman oleh cashier. Yela, kita nak bagi duit kat dia kot. Takkan nak robek je muka. Then, dia tanya nak sup yang macam mana. Gitau je nak tomyam. Sedap. :D
Then, kita pun boleh la pilih meja. Ada lak yang tolong pasangkan api pembakar untuk kita, siap ajar lagi cara nak guna. Kalau nak pape, mintak je, terus dibawanya dengan senyuman manis sentiasa. Time nak keluar pun masih lagi senyuman manis. Cakap babai, cakap sila datang lagi.
Hari tu, aku sempat lak berbual dengan salah sorang waiter. Dari Nepal katanya. Dia cakap suka sangat dok kat Malaysia. Mmmm. Memang best pun kat sini. Dalam hati ni, sabar jela -_-
Gambar Makanan Dan Suasana Di Seoul Garden, KB Mall
Aku ni, kalau bab menulis, boleh la jugak aku cakap penulisan aku ok. Tapi bab amik gambar ni aku kurang. Memang kurang memberangsangkan sangat gambar aku ni. Harap-harap gambar makanan Seoul Garden ni boleh gambarkan makanan sebenar di sana.
Kalau tak nampak menyelerakan tu, itu salah aku ye. Mohon jangan nak boikot Seoul Garden pulak. Kesian derang. :P
Berenang mereka di atas pembakar, sebelum dihadam dalam perut. :P |
Ruang buat air batu campur. Nak taruk apa? Taruk je, asalkan habis. Ingat tuu. |
Mohon campurkan vanila dengan coklat. Best giler! :D |
Makanan melayu macam nasi pun ada di sini bagi yang tak prefer daging. |
Nampak tak sushi tu? Tak yah la gi Sushi King. Mahal. Yang hujung tu tempat daging. |
Pilihan sos pencecah untuk daging dan steamboat. Aku paling suka yang Korean sebab pedas. |
Tip Makan Berbaloi-baloi Di Seoul Garden
- Pastikan pergi ke Seoul Garden dengan perut yang sekosong-kosongnya. Jangan makan dari malam lagi. Or at least dari pagi. Baru berbaloi RM30 sekepala. Kih3
- Pilih meja di bahagian tengah, yang tak de dinding. Mudah untuk bangun untuk pilih makanan. Masa aku dok tepi dinding, my fianceelah yang tolong amik semua benda. Leceh.
- Bagi peminat daging kambing, mohon pergi ke Seoul Garden masa Dinner sebab daging kambing disediakan untuk Dinner sahaja. Sian Nashram kempunan daging kambing. Kih3
- Pilih makanan yang tidak mengenyangkan dulu sebelum makan makanan berat seperti nasi atau mi goreng. Cepat kenyang nanti tak berbaloi pulak. Rugi weh.
- Mohon pilih tomyam untuk pilihan sup sebab aku dah try dedua. Tomyam is far better. Yang kimchi memang tak leh masuk ngan aku. Tapi kalau ada yang suka, okay je. Tak berdosa.
Jadi, Kelantanese semua bolehlah ramai-ramai serbu makan kat sana sebab memang pengalaman makan di Seoul Garden sangat indah dan mengenyangkan. Siyes, tak tipu. Kalau aku terlebih describe tu sorry la ye. Ekekekeke
Wassalaam.
Alahai kak muja . Kita baru ingat nak pergi sini kelmarin tapi cancel last minute . Asihh kak muja ni . Kena pergi la ni one day hehehe
ReplyDeletememang kena pergi.. at least sekali setahun ke.. banyk kali sgt muak gak.. :-)
DeleteSushi dia tak tahan bak ang! Adudu.. Peminat tegar sushi ngan steamboat! Pasni nak try merase, tp tunggu bakal abg ipa belanje. Muahahaha ^_^
ReplyDeletemmg kena pergi.. steamboat pasar malam mahal.. x leh topup.. kt sini makan la bnyk mana pn harga sama.. hehe
DeleteSay what ? Dekat KB Mall ada Seoul Garden?? Hahaha.
ReplyDeleteKnpa di KT nie x de. looser nya. hahaha.
sabarlah menghadapi dugaan daripadanya ye.. hehee
Deleteada ke tak kat kl ni ... kena tanya mr google
ReplyDeleteada.. confirm :-)
DeleteBestnyer boleh hangout dgn rakan2 blogger... Zumal belum pernah masuk Seoul Garden lagi, nak try la nanti :))
ReplyDeletemohon try sepantas kilat.. hehehe
Deleteweeee...
ReplyDeletejom p lepak seoul garden lagiiii... :D
tanak dah.. lalalalalaaa
DeleteWah bawa pakwe lagi. :-) Apa pun enjoy
ReplyDeletetulah.. huhuuu... nak gi lagi la nanti... hehe
DeleteSaya pergi Seoul Garden Melaka pada jam 11 pagi sudah ada daging kambing. Apa lagi, mentekedarah daging kambing je.
ReplyDeletealaaa.. mana aciii
Deletetunggu lepas raya kite pegi serang balik seoul garden eh.
ReplyDeletejangan mkn selagi abg tak balik sana :)
diktator. pffttt
DeleteMemang sedap makan kat seoul garden ni. Memang berbaloi. makan je apa nak semua ada.
ReplyDeletepergh 3 kali pergi tu..hahaha..kire maknan steamboat la ni
ReplyDeleteThank you for sharing gambar food and makan di Seoul Garden. Insya Allah akan ke sana.. :)
ReplyDelete