Seoul Garden- Tempat Untuk Makan Sepuasnya Dengan Mereka Yang Tercinta

Seoul Garden- Tempat Untuk Makan Sepuasnya Dengan Mereka Yang Tercinta | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Buat mereka yang belum tahu, restoran ala-ala Korea, Seoul Garden boleh dikatakan baru juga dibuka di KB Mall, sebab baru je buka tahun ni. 


Seoul Garden adalah sebuah restoran dengan konsep ala-ala Korea yang jelas pada namanya yang menggunakan nama bandar di Korea. Di sini, makanan disediakan dengan stail bufet. Bahan mentah yang sudah diperap dan yang sudah dimasak disusun di kaunter panjang. Pelanggan boleh pilih apa sahaja, bakar sendiri dan makan. Boleh sangat kalau setakat nak fefiling dok Korea tu.

seoul garden kb mall, seoul, garden, seoul garden, makan bufet, restoran ala korea
Nampak tak betapa excitednya dia bila bakal abang ipar belanja kat Seoul Garden? Hahaha
Yang paling bestnya, dengan sekali bayaran, pelanggan boleh makan apa sahaja yang disediakan di Seoul Garden. Pilihan yang sangat banyak disediakan. Boleh kata penuh kaunter. Mula dengan ais krim, air, nasi, sushi, makanan laut, daging ayam, daging lembu, daging kambing. Tak masuk lagi pilihan sos yang disediakan. Perghh!

Tapi ada syarat dia. Semua makanan yang diambil perlu dihabiskan. Setiap 500g yang tak habis dikenakan bayaran sebanyak RM5. Naya gak tuh.

Pertama Kali Makan Di Seoul Garden, KB Mall Dengan Classmates


First time aku pergi ke Seoul Garden, KB Mall ni dengan classmates aku. Aku suke! Nasib baiklah aku ni dalam senarai yang dijemput kalau bab makan. Azmeer, Arieff, Azizi, Bahij, Diah, Ain dan Buvana. Sedih sikit sebab tak de Alang. Tapi tak pelah. Maybe lain kali pergi ngan beliau lak.

Memang best sangat kalau aku dapat luang masa ngan dorang semua ni sebab masing-masing dah ada group masing-masing. Aku je loner. Aku ada tunang aku yang jauh tu je. Jadi, aku sangatlah hargai kalau dapat makan semeja ramai-ramai dengan mereka ni. Kesayangan dan kecintaan ni.

seoul garden kb mall, seoul garden, kb mall, makan steamboat, review seoul garden
My awesome Tesl 2 classmates. Love you all so much. :')

review seoul garden kb mall, seoul garden, kb mall, tempat makan sepuasnya, tempat makan steamboat, restoran terbaik
Kami room mates, takkan terpisah.

28 Mei 2014, Makan di Seoul Garden Sebelum Meneruskan Misi Mencari Cincin Tunang


Kali kedua ke Seoul Garden, KB Mall, pergi dengan my two siblings, Zie and Hana, and my beloved husband-to-be, Nashram. Mulanya, nak pergi dengan Hazanis dan Yuyu, tapi ada orang tu merajuk sebab dah janji dengan dia tak nak pergi kali kedua dengan orang lain, kena ngan dia. 

So, tunggu jela beliau balik dari Johor. Follow je sebab hari jugalah kami pergi cari cincin tunang. Gambar cincinnya? Tak leh tunjuk lagi. Tunggu entri lepas raya ye. Insya Allah. Kalau ada, adalah. Kalau tak de tu, tak de lah. Harap-harapnya ada. Doa-doakan ye. :')

seoul garden, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan, tempat makan, restoran ala korea, restoran steamboat
Nasibla dapat dia yang giler selfie jugak. Kih3

seoul garden, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan, restoran ala korea, restoran steamboat
Lagi ramai lagi seronok kalau di Seoul Garden.
Dating berdua? Tempat lain would be better. Kih3

31 Mei 2014, Katanya  Pertemuan Blogger Kelantan di Seoul Garden, KB Mall


Lepas dah gi Seoul Garden hari Rabu, 3 hari lepas tu gi lagi. Kali ni lagi ramai yang join. Lagi exciting jadinya. Aku, Huda, Nashram, Hazanis, Yuyu Atiqa, dan Najdan my senior in Faris Petra. Memang seronok giler bila berkumpul sekali sekala macam ni dengan semua kesayangan. 

Rasa happy yang tak terkira. Dah la boleh makan sampai puas, kena belanja lak tuh. Terima kasih abang. Selalu belanja sayang. Dulu, selalu jelez dengan blogger di KL sebab dorang selalu hangout sesama. Sekarang tidak lagi, sebab saya ada mereka. Kah3

seoul garden, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan, tempat makan steamboat, restoran ala korea
Huda, Hazanis, Najdan, Yuyu, Muja, Nashram.

seoul garden, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan, nn dan nmi, blogger dating, blogger meeting, blogger gathering
Sudah kukata, hobi kami sama. Kah3

seoul garden, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan, blogger meeting, blogger gathering, tempat makan steamboat, restoran ala korea, makan ramai-ramai
Selfie dan blogger, ibarat irama dan lagu
Takkan Terpisah. Hua hua hua

Layanan Mesra Di Seoul Garden Sangat Menggamit Untuk Datang Lagi


Ini daripada pengalaman aku sendiri tau. Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam Seoul Garden, kami disambut dengan senyuman oleh cashier. Yela, kita nak bagi duit kat dia kot. Takkan nak robek je muka. Then, dia tanya nak sup yang macam mana. Gitau je nak tomyam. Sedap. :D

Then, kita pun boleh la pilih meja. Ada lak yang tolong pasangkan api pembakar untuk kita, siap ajar lagi cara nak guna. Kalau nak pape, mintak je, terus dibawanya dengan senyuman manis sentiasa. Time nak keluar pun masih lagi senyuman manis. Cakap babai, cakap sila datang lagi.

Hari tu, aku sempat lak berbual dengan salah sorang waiter. Dari Nepal katanya. Dia cakap suka sangat dok kat Malaysia. Mmmm. Memang best pun kat sini. Dalam hati ni, sabar jela -_-

Gambar Makanan Dan Suasana Di Seoul Garden, KB Mall


Aku ni, kalau bab menulis, boleh la jugak aku cakap penulisan aku ok. Tapi bab amik gambar ni aku kurang. Memang kurang memberangsangkan sangat gambar aku ni. Harap-harap gambar makanan Seoul Garden ni boleh gambarkan makanan sebenar di sana. 

Kalau tak nampak menyelerakan tu, itu salah aku ye. Mohon jangan nak boikot Seoul Garden pulak. Kesian derang. :P


seoul garden, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan, restoran steamboat, makan ala korea, restoran ala korea, bakar daging, daging bakar
Berenang mereka di atas pembakar, sebelum dihadam dalam perut. :P

seoul garden, seoul garden kelantan, seoul garden kb mall, air batu campur di seoul garden, restoran ala korea, restoran steamboat
Ruang buat air batu campur. Nak taruk apa? Taruk je, asalkan habis. Ingat tuu.

ais krim di seoul garden, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan
Mohon campurkan vanila dengan coklat. Best giler! :D

seoul garden, restoran ala korea, restoran steamboat best, seoul garden kb mall, seoul garden kelantan
Makanan melayu macam nasi pun ada di sini bagi yang tak prefer daging.

seoul garden, seoul garden kb mall, kb mall, tempat makan steamboat best, restoran ala korea
Nampak tak sushi tu? Tak yah la gi Sushi King. Mahal. Yang hujung tu tempat daging.

seoul garden, seoul garden kb mall, pilihan sos pencicah di seoul garden, tempat makan steamboat, tempat makan best
Pilihan sos pencecah untuk daging dan steamboat. Aku paling suka yang Korean sebab pedas.

Tip Makan Berbaloi-baloi Di Seoul Garden

  1. Pastikan pergi ke Seoul Garden dengan perut yang sekosong-kosongnya. Jangan makan dari malam lagi. Or at least dari pagi. Baru berbaloi RM30 sekepala. Kih3
  2. Pilih meja di bahagian tengah, yang tak de dinding. Mudah untuk bangun untuk pilih makanan. Masa aku dok tepi dinding, my fianceelah yang tolong amik semua benda. Leceh.
  3. Bagi peminat daging kambing, mohon pergi ke Seoul Garden masa Dinner sebab daging kambing disediakan untuk Dinner sahaja. Sian Nashram kempunan daging kambing. Kih3
  4. Pilih makanan yang tidak mengenyangkan dulu sebelum makan makanan berat seperti nasi atau mi goreng. Cepat kenyang nanti tak berbaloi pulak. Rugi weh.
  5. Mohon pilih tomyam untuk pilihan sup sebab aku dah try dedua. Tomyam is far better. Yang kimchi memang tak leh masuk ngan aku. Tapi kalau ada yang suka, okay je. Tak berdosa.


Jadi, Kelantanese semua bolehlah ramai-ramai serbu makan kat sana sebab memang pengalaman makan di Seoul Garden sangat indah dan mengenyangkan. Siyes, tak tipu. Kalau aku terlebih describe tu sorry la ye. Ekekekeke

Wassalaam.

Comments

  1. Alahai kak muja . Kita baru ingat nak pergi sini kelmarin tapi cancel last minute . Asihh kak muja ni . Kena pergi la ni one day hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena pergi.. at least sekali setahun ke.. banyk kali sgt muak gak.. :-)

      Delete
  2. Sushi dia tak tahan bak ang! Adudu.. Peminat tegar sushi ngan steamboat! Pasni nak try merase, tp tunggu bakal abg ipa belanje. Muahahaha ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena pergi.. steamboat pasar malam mahal.. x leh topup.. kt sini makan la bnyk mana pn harga sama.. hehe

      Delete
  3. Say what ? Dekat KB Mall ada Seoul Garden?? Hahaha.

    Knpa di KT nie x de. looser nya. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarlah menghadapi dugaan daripadanya ye.. hehee

      Delete
  4. ada ke tak kat kl ni ... kena tanya mr google

    ReplyDelete
  5. Bestnyer boleh hangout dgn rakan2 blogger... Zumal belum pernah masuk Seoul Garden lagi, nak try la nanti :))

    ReplyDelete
  6. weeee...
    jom p lepak seoul garden lagiiii... :D

    ReplyDelete
  7. Wah bawa pakwe lagi. :-) Apa pun enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. huhuuu... nak gi lagi la nanti... hehe

      Delete
  8. Saya pergi Seoul Garden Melaka pada jam 11 pagi sudah ada daging kambing. Apa lagi, mentekedarah daging kambing je.

    ReplyDelete
  9. tunggu lepas raya kite pegi serang balik seoul garden eh.
    jangan mkn selagi abg tak balik sana :)

    ReplyDelete
  10. Memang sedap makan kat seoul garden ni. Memang berbaloi. makan je apa nak semua ada.

    ReplyDelete
  11. pergh 3 kali pergi tu..hahaha..kire maknan steamboat la ni

    ReplyDelete
  12. Thank you for sharing gambar food and makan di Seoul Garden. Insya Allah akan ke sana.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

IF I MAY CHANGE THE WORLD

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus