Semua Selesa Dengan Sneakers Sepanjang Masa Di Mana Jua

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alkisahnya, aku pergi ke Zoo Melaka hari tu pakai sandle. Dengan kawasan ala-ala hutan, berbukit bukau gitu. Adalah sangat tidak cerdik untuk tidak memakai kasut sneakers. Balik tu, Nik cakap lupa nak suruh aku dan anak-anak pakai sneakers je. Kalau pakai sneakers lagi berkali ganda selesa. Tak de la terpelecot banyak kali hari tu.

Korang paling suka kasut jenis apa? Biasa aku tengok, tak kira lelaki dan perempuan, ramai yang memilih untuk mengenakan sepasang sneakers ke mana-mana saja, pada bila-bila masa. Tak kiralah pakai baju apa, sneakers tetap jadi pilihan. Bukan terhad kepada jeans dan t-shirt je. Baju kurung, baju melayu, tuxedo. Even a dress! Semua hentam pakai sneakers. Yang hairan, nampak cantik je semua. Cute!

Nazhan acah-acah model Kiko. :D

Semua Selesa Ber'Sneakers' Sahaja

Kasut sneakers merupakan kasut bertutup penuh ala-ala kasut sukan. Walaupun nampak sama, ada bezanya. Kasut sneakers lebih kepada untuk kegunaan yang lebih ringan seperti berjalan-jalan, ambil angin, indoor games, dating. Oppsss! Rekaan kasut sneakers juga biasanya lebih ringkas dan santai kerana ia bukanlah digunakan untuk high impact activity macam berlari yang menyebabkan tekanan yang jauh lebih tinggi. Gitulah lebih kurang.

Ada sneakers yang bertali, ada yang sarung je. Senang cerita, pemakai sneakers biasanya nak nampak kasual, tapi bergaya. Nak nampak sporty semasa berjalan-jalan. Macam laki aku lah. Pergi mana-mana pun, mesti dengan sneakers dia. Yang penting, rekaan dan warnanya, kena sesuai dengan pakaian. Nak selamat? Sarunglah warna putih, kelabu atau hitam. Tak pun gabungan 3 warna ni. Kalau terlebih rajin, samakan warna tali dengan warna baju. You're done!

Nik dengan Nazhan pakai sneakers jalan-jalan tepi laut.

Aku pakai sneakers pink dengan baju kurung pergi kelas 11 tahun lalu. Cutekan?

Jangan tak tahu. Sekarang, pasangan pengantin pun bersneakers semasa majlis perkahwinan mereka. Pengantin lelakinya siap bertuxedo, kaki pakai sneakers. Pengantin perempuan pula, siap dengan dress pendek, kaki tetap dengan sneakers. Nampak style dan laid back. Selesa sudah semestinya. Senang nak menari, jalan-jalan sekitar dewan layan pak menakan, mak anjang, sepupu sepapat, yang datang majlis. Tak delah lenguh kaki, lepas tu kemurungan sepanjang majlis. Hapooo.

Kasut buat berjalan-jalan pusing Tanjung.

Kasut sneakers sentiasa relevan untuk setiap suasana, ketika, masa, musim panas, musim sejuk, musim tengkujuh segala. Untuk mereka yang nak bersenam dengan berjalan kaki, aku sangat-sangat sarankan pakai kasut sneakers. Sesuai sangat dalam proses mencukupkan 10 ribu langkah sehari di trek jogging mana-mana. Selesa dan bergaya. Berjalan tepi taman pun nampak classy dengan sneakers.

Macam-macam brand ternama menghasilkan kasut jenis sneakers termasuklah Adidas, Puma, White dan Nike. Tapi, harga tu, memang sejenis kena berpuasa dua tiga minggu baru boleh beli. Tu pun yang paling murah. Kalau yang jenis up up lagi, tambah lagi ikat perut dua tiga bulan. Barulah dapat merasa sepasang.

XES Mens Sneaker Shoes


Moh la kita tengok koleksi sneakers yang ada di XES Shoes. Lagi murah. Berbaloi setiap sen yang dibayar. Mana tahu berkenan. Boleh buat jadi hadiah anniversary tahun depan. Ye dak?
xes shoes men sneakers
MCEW3735 (Black/ Khaki-Yellow/ Light grey-Orange), RM189.99

Cantik betul kasut jenis sarung ni! Sneakers ini hadir dengan 3 rekaan warna dengan harga serendah RM189.99. Boleh pilih sendiri idaman hati. Ia direka dengan ciri-ciri yang sangat sesuai untuk mereka yang suka bersenam dan bersukan. Laki aku la tu (kengkadang). Ringan, lembut, mudah lentur, menyerap hentakan, kalis bau, anti-bakteria dan berkolar tinggi untuk melindungi buku lali. Apa lagi yang kau mahu daripada sepasang kasut???
xes shoes sneakers
MCEL002 (Black-Grey), RM129.99

Jatuh hati la tu tengok kasut stylo macam ni. Nampak classy kan? Murah pula tu. Warna kelabu pula senang maching dengan semua warna seluar dan baju. Tanpa tali. Tak payah susah-susah nak ikat tali kasut. Aku tak suka betul ikat tali kasut. Bila dah ikat, asyik terburai. Kasut macam nilah senang. Sarung je, siap. Buat pergi jalan-jalan, petang-petang, pegang tangan. Eh syoklah. 
xes shoes sneakers
MCEW3713 (Navy-Royal/Black-White/Black-Red)

Aku suka betul sneakers warna navy. Dalam rak kasut aku tu pun ada sepasang warna biru lebih kurang cenggini. Kalau korang suka design, tapi warna tak gemar, boleh tengok sendiri warna lain ye. Yang ni, tapaknya lebih rata. Nampak simple, kasual gitu. Sangat sesuai untuk berjalan ala-ala catwalk di shopping mall. Pavilion ke, Mid Valley ke. Hah, boleh sangat. Stoking putih tinggi sikit. Pakai dengan jeans. Fuhh, handsome!

XES Basic Ladies Sneakers


Moh la kita tengok sneakers untuk wanita pula. Lagi banyak pilihan yang ada daripada mens punya tau. Harga? Semua bawah RM50!!! Tolonglah percaya walaupun korang rasa macam tak nak sangat. Yang penting, ada warna PINK!
BSLCHC17 sneakers (Pink), RM39

RM39 je?? Apa yang murah sangat ni. Memang sangat-sangat berbaloi. Nak nampak tough, tapi girly. Acah-acah sporty, tapi nak nampak cute! Hah, pilihlah kasut sneakers warna pink ni. Kalau korang cikgu. Sejenis yang asyik-asyik kena pakai tshirt sukan, tshirt kokurikulum, padahal tak de nak bersukan pun, sesuai sangat pakai pink sneakers ni. Ringan, ringkas, flat heels. Boleh lenjan seharian buat naik turun tangga masuk kelas yang berderet-deret tu. Insya Allah, cepat sampai ke destinasi.
sneaker wanita
BSLCHCBT12 (Navy), RM39

Oo, pejabat jenis kena buka kasut ke? Kenalah pilih kasut sneakers jenis senang sarung macam ni. Tak perlu duduk terbongkok-bongkok nak pakai kasut. Silap hari bulan, terpelecot, terduduk kat balkoni bangunan kau tu. Dah la tak de tempat nak duduk. Tak masal kena tercongok atas lantai. Pilih sneakers sarung ni je. 3 saat, siap. Terus boleh menapak ke blok D kat hujung sana dengan kelajuan cahaya. :P
sneaker wanita
BSLCHS18 (Maroon)

Sukanya design sneakers ni. Tak perlu leceh ikat tali. Bahagian atas tutup sepenuhnya. Kalau malas pakai stoking pun, tak pe. Orang kata, red is a new black! Orang itu sangat betul. Sekarang ni, maroon boleh dipadankan dengan semua warna. Aku sekeluarga, memang minat warna merah maroon ni. Laki aku tu, biasa suka kelabu dengan hitam je, tapi sneakers dia, maroon. See?

Jom Sokong Barang Buatan Malaysia


Buat peminat tegar kasut sneakers kat luar sana, XES Shoes memang pilihan terbaik untuk mereka yang mencari sneakers yang selesa dengan harga yang berpatutan. Bangga sangat aku setiap kali membeli XES Shoes sebab mereka adalah 100% jenama produk buatan Malaysia. Dapatlah aku beli kasut sambil menggerakkan ekonomi kita yang terjejas teruk dengan Covid-19 ni.

Jangan lupa usha XES Shoes. Muat turun aplikasinya sekali. Senang nak shopping!

Comments

Popular posts from this blog

Test Market Atas Manusia

Ibadah dalam Islam: Ibadah Umum dan Ibadah Khusus

IF I MAY CHANGE THE WORLD